Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Model Kylie Jenner hamil anak pertama

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Model Kylie Jenner hamil anak pertama

Sep 23, 2017 | 02:55 PM



LOS ANGELES: Kylie Jenner, anggota keluarga selebriti Kardashian termuda, dilaporkan hamil.



Laman web berita selebriti, TMZ, majalah People dan Buzzfeed, semua memetik sumber berkata, Kylie, 20, yang juga adik selebriti popular, Kim Kardashian, hamil anak pertama dengan teman lelakinya, Travis Scott.



Wakil model berkenaan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kenyataan.



Kylie yang menggunakan program realiti televisyen mengenai keluarganya dan 97 juta pengikut di Instagram untuk mengusahakan industri kosmetik lumayan, kemudian menyiarkan gambar Snapchat menunjukkan perutnya dilindungi baju hitam bersaiz besar.



Majalah People yang memetik sumber tidak dikenali, berkata bayi itu dijangka dilahirkan Februari ini.



"Keluarganya sudah mengetahui perkara itu. Dia amat gembira, begitu juga Travis," lapor majalah berkenaan.



Satu lagi sumber rapat dengan keluarga itu memberitahu People: "Ia tidak dijangka tetapi menjadi keadaan yang membuatkan dia (Jenner) amat gembira." - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >