Muhibah Raya Berita Harian

Kegembiraan menyambut Aidilfitri dikongsi bukan sahaja dalam kalangan kakitangan Berita Harian tetapi juga bersama rakan-rakan Kurnia@WGS, peniaga setempat dan karyawan Melayu/Islam. Di samping itu, sekitar 18 kanak-kanak daripada Rumah Kanak-Kanak Pertapis turut diundang sebagai tetamu khas pada malam itu. Kami sajikan beberapa gambar menarik semasa majlis Perjumpaan Hari Raya - Muhibah Raya Berita Harian yang berlangsung Khamis lalu di Orange Ballroom.