Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Mula lari jarak jauh sejak zaman persekolah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Mula lari jarak jauh sejak zaman persekolah

Sep 02, 2018 | 05:30 AM



ENCIK Bajuri Ali telah berlari dalam acara larian jarak jauh sepanjang lebih 24 tahun.



Dan sejak 10 tahun lalu, jarak lariannya bukan sahaja semakin jauh, malah lebih kerap - sekitar sekali setiap bulan.



Sepanjang tempoh itu, beliau juga telah menukar sehingga 20 kasut lari.



"Apakan tidak setiap kali saya lari, jaraknya bukan dekat.



"Jadi sekitar setahun atau setahun lebih begitu, saya perlu tukar kasut latihan dan kasut yang digunakan untuk acara larian," jelasnya.



Pegawai operasi di sebuah syarikat penerbangan itu telah berlari sejak zaman persekolahannya.



Tapi kegiatan itu lebih giat disertainya sejak usianya mencecah 30 tahun.



"Sebab itulah saya perlu tukar kasut berlari setiap setahun dengan setahun setengah kemudian.



"Bukan kasut sahaja, saya juga perlu tukar pakaian yang dipakai.



"Kalau orang kata sukan berlari itu merupakan kegiatan murah, saya rasa tidak begitu," katanya yang juga telah berlari maraton di Malaysia, Indonesia, Thailand, India, Hongkong selain Singapura.



Beliau anggarkan membelanjakan sekitar $1,200 setahun untuk pakaian lari, tempat tinggal, tiket penerbangan, dan makan - bagi larian di luar negara.



Jika dicampur dengan larian dalam negeri, bapa tiga anak dewasa itu anggarkan perbelanjaan yang diperuntukkan setahun ialah sekitar $1,600.



Jadi adakah beliau akan terus berlari setiap bulan apabila usia terus meningkat?



"Saya akan terus berlari selagi masih bertenaga.



"Tapi apabila tidak lagi bekerja seperti selepas bersara kelak, mungkin perlu kurangkan larian, terutamanya di luar negara, bagi mengawal perbelanjaan," ujarnya yang tidak mengalami sebarang kecederaan sepanjang tempoh beliau sertai acara larian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >