Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Mulakan tahun baru dengan usaha tingkat kesihatan dikit-dikit

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Mulakan tahun baru dengan usaha tingkat kesihatan dikit-dikit

Perubahan kecil berkesan kerana lebih mudah dan realistik untuk dicapai
Jan 02, 2020 | 05:30 AM



MENJELANG tahun baru, alangkah baiknya jika kita memulakan fasa baru dengan pengamalan gaya hidup sihat.



Perubahan kecil seperti ini berkesan kerana ia lebih mudah dan realistik untuk dicapai.



Bagi membantu dan mengurus kesihatan anda ke arah kebaikan, artikel akhbar The Straits Times menggabungkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh sesiapa sahaja yang mahu meningkatkan kesihatan mereka.



CARI ERTI KEHIDUPAN



Menurut satu kajian dalam talian yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Psychiatry, langkah ini penting dalam usaha memperbaiki kesejahteraan minda dan badan kita.



Encik Dilip V. Jeste, Dekan Bersekutu Kanan di Center for Healthy Aging, mengatakan bahawa keinginan mencari erti kehidupan semakin kurang apabila kita mencecah umur 30-an, 4-0an, dan 50-an tahun.



Ini kerana fasa kehidupan selepas umur 20-an tahun lebih melandaskan pencapaian rumah tangga dan kerjaya.



Akibatnya, usaha mencari erti kehidupan tidak diperjuangkan kerana ramai orang berasa puas dengan apa yang telah dicapai setakat ini.



Pakar psikologi klinikal daripada Institut Kesihatan Mental Singapura, Dr Grace Soo, pula menegaskan bahawa setiap daripada kita harus mencari makna kehidupan, tidak kisah pada umur apa pun.



"Luangkan masa untuk mengenal pasti apa yang bermakna bagi diri kita sendiri."



Ini boleh dilakukan melalui agama, pengalaman bekerja atau kelakuan yang memberi kesan terhadap orang lain.



TEBUS STIGMA PENYAKIT MENTAL



Walaupun kesedaran terhadap penyakit mental telah meningkat, tahap pemahaman dalam kalangan masyarakat masih rendah akibat stigma terhadap golongan ini yang kekal berleluasa.



Kempen Time To Change di Britain serta Singapore's Beyond the Label tahun lepas merupakan antara inisiatif yang bertujuan menyingkir stigma terhadap penyakit mental.



Dr Soo turut menegaskan pengamalan sikap bertimbang rasa terhadap golongan penyakit mental kerana sesiapa sahaja boleh mengalami situasi sama.



Dengan cara ini, orang ramai mampu meningkatkan kesihatan penyakit mental serta diri mereka sendiri kerana wujudnya sifat keterbukaan dalam kalangan masyarakat.



Beliau turut menasihati golongan yang menghadapi masalah berkaitan mental supaya mendapatkan bantuan daripada pakar psikologi.



"Kita tidak patut menganggap remeh penyakit mental kerana ia setaraf pengawalan kesihatan fizikal," katanya.



KATAKAN 'YA' PADA SENAMAN



Amalan gaya hidup sihat memerlukan kita berdisiplin dan melakukan senaman seiring dengan kemampuan sendiri.



Kita harus berhenti melakukan segala kegiatan senaman jika kita mengalami rasa demam semasa bersenam.



Seorang pakar runding bagi bidang perubatan kesukanan di Hospital Khoo Teck Puat, Dr Dinesh Sirisena, menyatakan bahawa keletihan dan rasa demam adalah perihal biasa bagi ramai individu.



Beliau turut menasihati golongan ini supaya melakukan senaman ringan seperti berjalan kaki atau menaiki basikal khas untuk senaman di gim jika mengalami situasi tersebut.



Bagi mencegah penyebaran penyakit pula, Dr Dinesh menggalak individu mengamalkan tabiat seperti memakai pelitup muka ketika demam dan menggunakan tisu selepas bersin.



KURANGKAN MAKANAN DAGING



Orang ramai sering gagal mengelakkan makanan yang digoreng dalam minyak serta minuman manis.



Menurut satu panduan yang diberikan oleh Cik Sarah Sinaram daripada jabatan pemakanan dan kajian diet di Hospital Mount Alvernia, beliau menggalak individu agar mengambil bahagian dalam pergerakan global Meatless Mondays, iaitu tidak memakan daging pada setiap Isnin.



Langkah ini tidak sahaja meningkatkan kesihatan kita, malah, ia turut menyumbang kepada kesejahteraan alam persekitaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >