Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Neelofa dan Khai Bahar paling 'Top Top MeleTOP'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Neelofa dan Khai Bahar paling 'Top Top MeleTOP'

Apr 09, 2018 | 12:00 PM



TIDAK mudah bergelar seorang personaliti bernama Neelofa atau Khai Bahar yang sering menjadi tumpuan masyarakat, baik mereka yang menyanjung tinggi bakat seni mahupun yang menanti untuk mengecam tindak-tanduk yang kurang disenangi.


Namun, ketabahan kededua bintang ini disertai dengan doa keluarga mahupun sokongan peminat membawa mereka ke tahap yang boleh dibanggakan semalam (8 April).


Neelofa yang nama sebenarnya,  Noor Neelofa Mohd Noor, 29 tahun serta Khai yang nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin, 24 tahun, meraih anugerah tertinggi Top Top MeleTOP  di majlis Anugerah MeleTOP Era (AME) 2018 yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil.


Anugerah berupa RM10,000 ($3,401) dan trofi sumbangan Astro itu disampaikan kepada bintang dengan undian tertinggi secara keseluruhan bagi kategori lelaki dan wanita.


Awal daripada itu, Neelofa membawa pulang piala Fesyen MeleTOP dan Pelakon TV MeleTOP. Khai pula menerima kejayaan sebagai pemenang kategori Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP (Bayang).


Ketika ditemui Berita Harian, Neelofa menjelaskan:



"Tahun ini memang cukup mencabar buat saya dengan kecaman netizen yang bertalu-talu datang. Namun, sepanjang lima tahun berkecimpung dalam bidang seni, saya sudah menyesuaikan diri dengan asam garamnya.


"Bukan senang menjadi seorang Neelofa. Banyak kali saya menangis tetapi apa yang saya selalu jadikan penyejuk hati adalah dorongan peminat dan sokongan keluarga. Mereka yang yakin dengan kebolehan saya dan tidak putus-putus memberi semangat buat saya agar tidak mudah rapuh dan putus asa dek kecaman 'netizen'."


Kisah cinta pelakon drama 'berhantu' Suri Hati Mr Pilot itu sering ditampilkan dalam bahan bacaan hiburan dengan perihal hubungannya dengan pelakon drama tersebut, Fattah Amin, yang sudah berumah tangga dengan pelakon jelita Nur Fazura, sering diungkit-ungkit kembali media dan 'netizen'.


Begitu juga dengan pelancaran tudung jenama Naelofar di disko Zouk tidak lama dahulu yang mencetus kontroversi sehingga beberapa tokoh agama turut tampil memberi nasihat dan pengamatan peribadi mereka.


"Walau apa pun, saya perlu tabah dan sentiasa mencari hikmah. Saya sendiri anggap kemenangan Top Top MeleTOP yang kedua kali selepas tahun lalu sebagai satu kejutan. Tahun lalu memang drama Suri Hati Mr Pilot membawa kejayaan besar buat kerjaya seni lakon saya yang ketika itu sedang dibangkitkan semula.


"Tahun ini, saya tak sangka dengan drama Red Velvet, kemenangan mampu diraih juga. Semuanya adalah hasil kerja keras pengikut saya yang menyokong atas dasar inspirasi yang saya cuba kongsi dengan mereka," jelasnya.


Khai, dalam pada itu, yang mempunyai lautan peminat di Singapura, pula menganggap kejayaan beliau itu adalah berkat doa ibu bapa dan peminatnya. Jika Anugerah Juara Lagu (AJL) tidak membawanya kepada tahap kegemilangan malahan dikecam kerana mutu persembahan, prop dan suara, AME terbukti adalah wadah yang menjulang tinggi namanya pada usia muda.


"Khai masih baru lagi dalam bidang seni. Jadi apa-apa yang diberi pada Khai akan diikutkan dengan tekad ingin memberikan yang terbaik. Khai mula menyedari bahawa kecaman itu merupakan asam garam dunia hiburan. Kita tidak boleh puaskan hati semua orang. Yang penting, kita berikan yang terbaik dan yakin Allah beri rezeki atas kerja keras kita.


"Selalunya, Khai akan pastikan laman Instagram terisi dengan butiran menarik tentang perkembangan terkini Khai. Apabila peminat sukai pos tersebut, ia penghargaan buat diri Khai. Kita selalulah berhubung dengan mereka atau beri komen balasan bila ada kelapangan," jelasnya lagi.


AME turut menyaksikan kemenangan Zizan Razak sebagai Artis Lawak MeleTOP; Nur Fazura sebagai Bintang Filem MeleTOP dan Nabil Ahmad selaku Hos MeleTOP.


Kegembiraan lebih terpancar di wajah penonton apabila si comel, Arif Asyraf Jiwa, yang merupakan cucu usahawan Datuk Sri Khalid Mohd Jiwa (juga suami Datuk Sri Siti Nurhaliza) dinobatkan sebagai pemenang kategori Si Cilik MeleTOP.


AME yang 'trending' di Malaysia dan Singapura juga mengembalikan persembahan yang dinanti-nanti daripada golongan pemuzik malar segar, Ruffedge yang menyanyikan lagu Bila Rindu, Lemas, Tipah Tertipu dan Khayalan.


Turut membuat persembahan adalah kumpulan Gersang dengan lagu 'tangkap lentok' tahun 1980-an, Suratan Takdir dan Masih Aku Terasa. Mas Idayu juga 'menggegarkan' seisi Axiata Arena dengan lagu dangdut ikonik  penutup tirai AME, Selangit, Robek Hatiku, Cintaku 100% dan Sengol-Sengolan.




Nota: Kunjungan wartawan dan jurufoto ke AME di Kuala Lumpur ditaja Singtel TV

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >