Tiada sempadan usia atau tempoh pengalaman yang mampu menempatkan seseorang bakat seni itu di tangga kepopularan. Anugerah MeleTOP Era anjuran bersama stesen televisyen Astro dan stesen radio Era kelmarin mengiktiraf pelbagai bintang yang disanjung peminat tanpa mengira usia, latar belakang atau kecaman yang diterima di media sosial. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan dari Kuala Lumpur.
KONTROVERSI yang mencetus sensasi menjadi sebahagian asam garam kehidupan artis yang kini perlu peka dan berhati-hati dengan dunia yang dikuasai media sosial bahkan terdedah dengan kecaman masyarakat siber yang dipanggil 'netizen'.