Neelofa minta maaf muat naik klip ‘The Lion King’ di Instagram
PETALING JAYA: Personaliti popular dan usahawan Neelofa dikecam baru-baru ini selepas memuat naik klip Disney’s The Lion King.
Hos Meletop itu telah meminta maaf dan berkata beliau tidak mempunyai niat untuk melanggar undang-undang hak milik dan menghormati hak intelektual, menurut media Malaysia.
Usahawan 30 tahun itu menulis surat untuk meminta maaf dan memuat naiknya di Twitter.
“Secara jujur, tindakan saya itu hanya disebabkan perasaan teruja dan untuk menyokong filem tersebut dan untuk menggalak lebih ramai rakyat Malaysia untuk menikmati filem itu bersama keluarga,” tulisnya.
Beliau akui tidak sedar akibat perbuatannya itu.
“Saya bertanggungjawab terhadap kesalahan saya dan berharap orang lain akan belajar dari kejadian ini dan kita akan lebih berjaga-jaga selepas ini.”
Sebelum itu, Neelofa dikecam pengguna internet disebabkan melanggar peraturan hak milik.