KONTROVERSI pelancaran koleksi terbaru hijab jenama Naelofar Hijab yang diusahakan pengacara dan pelakon Neelofa di Zouk, salah sebuah kelab malam terkemuka di Kuala Lumpur, mendapat perhatian beberapa Mufti di Malaysia.
Namun, menerusi laporan Utusan Online semalam, Neelofa yang merupakan pelakon drama 'berhantu' Suri Hati Mr Pilot itu menerima baik teguran pelbagai tokoh agama buatnya dengan penuh rasa rendah hati dan secara terbuka.