Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Nenek gembira luang masa jadi pendamping sukarela warga emas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Nenek gembira luang masa jadi pendamping sukarela warga emas

Feb 24, 2019 | 05:30 AM



MASA yang terluang langsung tidak disia-siakan warga senja Cik Maimunah Ibrahim.



Pada usia 59 tahun, sedang ramai mereka yang sebayanya lebih banyak menghabiskan masa memasak di dapur, membersihkan rumah atau menjaga dan bermain dengan cucu, ibu seorang anak yang sudah bergelar nenek itu lebih gemar memperuntukkan masa menjaga dan membantu golongan yang lebih memerlukan.



Sejak lima tahun lalu, nenek tiga cucu itu merupakan sukarelawan di bawah Program Pendampingan Masyarakat (CBP).



Sepanjang tempoh itu beliau sudah menjadi pendamping kepada seramai 23 warga emas - kebanyakan mereka tinggal sendirian dan daripada berlainan bangsa serta agama.



CBP dianjurkan oleh 17 pertubuhan masyarakat di beberapa kawasan undi di serata Singapura.



Menerusi CBP sukarelawan masyarakat menjalin persahabatan dengan warga senja yang hidup sendirian dan memastikan mereka yang dihampiri tidak sendirian dan masalah kesihatan mereka terkawal.



Program itu dikendalikan oleh penyedia khidmat seperti Khidmat Masyarakat Fei Yue, Khidmat Masyarakat Presbyterian, Khidmat Masyarakat St Hilda's dan Thye Hua Kwan Moral Charities.



"Saya bermula dengan menjadi sukarelawan CBP Thye Hua Kwan Moral Charities dekat rumah saya di Tah Ching Road.



"Selain membantu menguruskan apa jua kegiatan yang diadakan, saya juga terlibat dalam acara seperti bersenam bersama selain menziarahi rumah mereka.



"Di bawah program itu saya juga menziarahi golongan warga emas yang tinggal sendirian dan akan menemani mereka seketika di rumah dengan mengajak mereka berbual atau menemani mereka berjalan di luar rumah termasuk ke klinik," kata Cik Maimunah.



Salah seorang warga emas yang ditemaninya, Encik Chin Kwong Chuen, 73 tahun, berasa senang apabila menerima lawatan daripada jiran seestetnya itu.



Encik Chin, yang tinggal di blok bersebelahan flat Cik Maimunah, biasanya menerima kunjungan sukarelawan itu sekitar dua kali seminggu.



Meskipun kini dimasukkan ke sebuah rumah rawatan sejak enam bulan lalu, Encik Chin masih lagi menerima kunjungan Cik Maimunah.



Contohnya, sehari sebelum Tahun Baru Cina yang baru lalu, Cik Maimunah telah mengunjungi Encik Chin di rumah rawatannya itu dan menghadiahkannya sebotol kuih tart yang dibuatnya sendiri.



"Sememangnya kehadiran sukarelawan seperti saya amat mereka nantikan, apatah lagi menjelang perayaan seperti Tahun Baru Cina," kata Cik Maimunah.



Encik Chin, yang kini menghuni Rumah Rawatan Perkhidmatan Kebajikan Methodist, pula berasa senang dengan kehadiran Cik Maimunah yang dianggapnya bak ahli keluarga sendiri.



"Sejak saya menghidap penyakit Parkinson's, saya sukar bergerak sendirian.



"Mujur ketika itu ada Maimunah yang banyak menemani saya seperti ke klinik dan membelikan barangan dapur semasa saya tinggal sendirian.



"Kini lawatannya ke rumah rawatan amat menghiburkan saya pula," kata Encik Chin, yang tidak berumah tangga.



Mereka yang berminat menyertai program ini boleh mendaftar untuk menjadi sahabat di laman www.- moh.gov.sg/befriendasenior atau hubungi Singapore Silver Line di talian 1800-650-6060, antara Isnin dengan Jumaat mulai 8.30 pagi hingga 8.30 malam atau Sabtu, 8.30 pagi hingga 4 petang, tidak termasuk hari cuti umum.



Siri ini merupakan satu inisiatif di bawah Pelan Tindakan bagi Penuaan Berjaya




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >