Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Nickelback bakal adakan konsert buat julung kali di S'pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Nickelback bakal adakan konsert buat julung kali di S'pura

Feb 14, 2019 | 05:30 AM



PEMAIN bes band rok Nickelback, Mike Kroeger, 46 tahun, benar-benar ghairah hendak membuat persembahan dan menerokai kota Singa pada 20 Februari ini.



Dalam satu wawancara Berita Harian bersamanya menerusi panggilan jauh di Tokyo, Mike Kroeger berulang kali berkata:



"Saya dan anggota band Nickelback sangat ghairah hendak membuat persembahan di Singapura. Kami telah membuat peminat Nickelback di Singapura menunggu terlalu lama dan kami janji akan menyampaikan persembahan bertenaga buat peminat nanti."



Buat julung-julung kalinya, band rok dari Alberta, Canada, itu akan mengadakan konsert Nickelback Feed The Machine Tour di Singapura pada 20 Februari ini, di Zepp@BigBox.



Konsert tersebut dianjurkan oleh LAMC Productions.



Anggota Nickelback terdiri daripada vokalis utama dan pemain gitar Chad Kroeger; vokalis latar belakang dan pemain gitar, Ryan Peake; pemain bes, Mike Kroeger; dan vokalis latar belakang dan pemain dram, Danial Adair.



Kata Mike Kroeger lagi, walaupun tajuk konsert Nickelback adalah Feed The Machine Tour, band rok itu bukan sahaja menyampaikan lagu-lagu terpilih daripada album terbaru Feed The Machine tetapi akan memainkan juga semua lagu hit daripada album lama mereka.



Feed The Machine merupakan album studio kesembilan Nickelback yang dikeluarkan pada Jun 2017. Rentak rok dalam lagu-lagu album itu lebih menyerlah daripada lagu-lagu lama mereka.



Sebelum itu, Nickelback yang ditubuhkan pada 1995, terkenal dengan lagu hit, How You Remind Me, dan lagu-lagu dalam album studio kelima mereka, All The Right Reasons (2005), telah mendapat sambutan hangat.



Band rok itu pernah mendapat sembilan pencalonan Anugerah Grammy dan memenangi tiga Anugerah Muzik Amerika, sebuah Anugerah Muzik Sedunia, Anugerah People's Choice, 12 Anugerah JUNO serta tujuh Anugerah Video MuchMusic.



"Kami memainkan lagu-lagu dalam album All The Right Reasons dan lagu hit, How You Remind Me, di setiap konsert Nickelback di merata negara kerana secara global, lagu-lagu tersebut sangat diminati peminat kami," ujar Kroeger.



Kata beliau lagi, Nickelback berasa sangat bertuah kerana mereka telah menghasilkan sembilan album studio dan kekal bertahan mengembara untuk membuat persembahan selama 20 tahun.



Band rok Nickelback telah membuat persembahan konsert di pelbagai negeri di Amerika Syarikat, Eropah dan Australia serta di Cape Town, Afrika Selatan dan Jepun sejak ia ditubuhkan.



"Mengembara untuk membuat persembahan selama 20 tahun membuat kami amat berterima kasih kepada semua yang menyokong kami kerana kembara konsert ini boleh berakhir dalam sekelip mata. Apatah lagi anggota Nickelback kini sudah mencecah usia 40-an tahun. Jadi, kami sentiasa mengingatkan diri kami supaya menikmati kehidupan kembara ini walaupun kadangkala, ada masanya, kami berasa penat," kata Kroeger.



Namun, usia yang kian meningkat tidak menghalang mereka daripada memberikan persembahan bertenaga dan menghiburkan nanti.



Katanya lagi, "Sejak Nickelback ditubuhkan, kami satu hati setuju bahawa jika kami mahu berjaya dalam kerjaya muzik ini, kami mesti menjadi sebuah band rok yang boleh menyampaikan persembahan yang baik secara langsung apabila ditonton peminat.



"Kami tidak mahu menjadi band yang mengeluarkan lagu 'sedap' tetapi tidak boleh bermain alat muzik atau menyanyikan lagu sendiri dengan baik dan bertenaga di atas pentas. Ini penting buat kami kerana kami mahu peminat berasa puas hati apabila menonton konsert kami."



Justeru, sudahkan Nickelback berada di puncak kejayaan kerjaya muzik mereka?



"Ya, kami mungkin sudah berada di puncak jaya kerjaya kami menerusi album All The Right Reasons.



"Ada seseorang pernah berkata kepada saya supaya berfikiran realistik. Puncak kejayaan Nickelback mungkin sudah berlalu tetapi jika kami terus mencipta muzik yang baik dan menyampaikan persembahan hebat di konsert kami, kami akan kekal bertahan dalam industri muzik ini.



"Sejauh ini, hampir semua lagu kami mendapat sambutan menggalakkan dan kami mendapat maklum balas bahawa lagu-lagu dalam album Feed The Machine lebih 'rok' dan rancak, satu kelainan daripada lagu-lagu lama kami dan itulah matlamat kami tatkala mencipta album itu," kata Kroeger.



Beliau tidak menafikan bahawa ia mencabar untuk mencipta muzik yang menyegarkan dan baru tetapi menerusi pengalaman, mereka akan sentiasa mempelajari daripada kesilapan supaya mereka dapat cuba menghasilkan muzik yang lebih baik pada masa depan.



"Sejujurnya buat masa ini, kami kurang pasti apakah muzik yang bakal kami hasilkan. Pencipta muzik utama dalam band kami adalah Chad Kroeger dan kami akan tahu muzik yang kami ingin cipta apabila kami memasuki studio nanti," kata Kroeger.



Sebelum mengakhiri wawancara ini, Kroeger sekali lagi berkata betapa ghairahnya beliau hendak membuat persembahan konsert di Singapura.



Justeru, apakah yang Kroeger ingin lakukan semasa di Singapura nanti?



"Saya dengar tentang aneka hidangan enak yang ada di Singapura. Tetapi secara peribadi, saya ingin tahu dengan lebih mendalam tentang sejarah Singapura dan berjalan-jalan di tempat-tempat tertentu, di mana rakyat Singapura tinggal, dan bukan sekadar mengunjungi tempat yang menjadi daya tarikan pelancong," kata Kroeger.



Konsert Nickelback 'Feed The Machine Tour' akan diadakan pada 20 Februari, 8 malam, di Zepp@BigBox. Tiket standard berharga $128 (tidak termasuk bayaran tempahan) boleh ditempah menerusi talian, kaunter atau laman Sistic.



  • Nurmaya Alias ialah penulis sambilan.


MENANGI TIKET KONSERT 'NICKELBACK'



Ingin menang tiket ke konsert Nickelback 'Feed The Machine Tour' pada 20 Februari ini?



'Like' artikel ini di Facebook Berita Harian Singapura dan kami akan memilih pemenangnya secara rambang.



Pemenang akan dimaklumkan selewat-lewatnya Sabtu, 16 Februari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >