Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Gaya Hidup0

Nikmati kerja seni dengan teknologi AR

Jan 18, 2020 | 05:30 AM

BERBEKALKAN telefon bimbit mahupun tablet, anda boleh menonton versi animasi bahan pameran yang dipaparkan pada temasya seni dan realiti terimbuh (AR), Atypical Singapore.

Malah, pameran jelajah yang sudah ke Yangon, Myanmar; Moscow, Russia; Delhi, India dan Bangkok, Thailand ini adalah yang pertama menggunakan wadah AR pada Facebook yang ketika itu masih dalam peringkat sofwe ujian atau versi beta.

Sejak semalam hingga esok, Atypical Singapore akan berlangsung di Pusat Reka Bentuk Nasional, Singapura, sebagai sebahagian acara Minggu Seni Singapura (SAW).

SAW dianjurkan bersama Majlis Seni Kebangsaan (NAC), Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).

Orang ramai boleh meninjau kerja seni tujuh seniman kontemporari dengan pengkhususan berbeza, daripada seni persembahan, ukiran arca hinggalah animasi GIF. Mereka terdiri daripada Encik Daniel Yu, Encik Gerald Leow, Speak Cryptic (Encik Farizwan Fajari), Cik Amanda Tan, Encik Eugene Soh dan Cik anGie seah dan Encik Muhammad Izdi.

Tujuh seniman ini dipilih pengarah kuratorial dan rakan kerjasama balai seni Chan + Hori Contemporary, Encik Khairuddin Hori.

Atypical Singapore ini adalah sebahagian daripada kempen sejagat STB, Passion Made Possible.

Ketika dihubungi, Encik Khairuddin berkata:

"Melihat kepesatan perkembangan teknologi khususnya media sosial, unsur baru ini dikenalkan dengan pelancaran projek Atypical Singapore. Pengunjung boleh menghalakan kamera Facebook bagi meninjau versi animasi kerja seni ini. Video kesan AR juga boleh dirakam buat tatapan orang lain."

Encik Khairuddin juga menyedari seniman muda kini lebih berminat berbincang tentang kedudukan dan identiti mereka sebagai warga Singapura dalam masyarakat hibrid. - HARYANI ISMAIL

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian