Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Akar Subur papar karya tari pencipta muda

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Akar Subur papar karya tari pencipta muda

Sep 20, 2018 | 12:00 AM



AKAR Subur, pementasan yang mengetengahkan bakat penciptaan tari dari kalangan pereka tari muda pelbagai kumpulan, kembali dengan wajah-wajah baru dengan idea-idea yang lebih segar.



Penciptaan gerak tari mereka adalah hasil bengkel intensif khas dua hari yang dikendalikan oleh guru tari dari Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia (UPSI), Dr Sang Woo Ha.



Dianjurkan untuk tahun kelima oleh Era Dance Theatre, Akar Subur menyatukan bakat-bakat baru daripada pelbagai kumpulan tarian Melayu tempatan dengan tujuan mendedahkan mereka yang berpotensi menjadi pelapis dunia tarian Melayu Singapura.



Mereka diberi tugas mencipta tarian tradisional dan kontemporari.



Menurut Pengarah Artistik Osman Abdul Hamid, untuk pementasan tahun ini, pencipta tari yang terpilih dikehendaki menggunakan prop (bahan persembahan) tradisional seperti kain batik, bakul atau raga dan payung bagi ciptaan gerak tradisional.



Untuk segmen kontemporari pula, pencipta tari beri kebebasan menggunakan ruang untuk melahirkan ekspresi tetapi harus tetap berpaksikan nilai tradisional.



Pencipta tari yang diketengahkan adalah:



- Nur Haini Mohd Yusuf dan Mohammad Al-Hafiz Hosni dari kumpulan Azpirasi.



- Radin Syed Idris R Zainudin dan Muhammad Shahrul Mohammad dari Artiste Seni Budaya.



- Siti Pamela Muhammad Sabar Tan dan Muhammad Nur Haziq Noorazwa dari Atrika Dance Company.



- Shahrul Azhar Marekan dan Nur Aidilla Mohamad Jamil dari Kres! Dancers.



- Nuriqqah Abdul Majid dan Nurul Nursyamin Jamil dari Era Dance Theatre.



- Aziela Rahim dan Juhairi Jushairil Md Zaid dari Sriwana.



- Mohammad Hafiz Zainorin dan Siti Habibah Mohammad Mockram dari Perkumpulan Seni.



Akar Subur akan dipentaskan esok dan lusa di Goodman Arts Centre, Blackbox, pada 8 malam. Pementasan pada 3 petang diadakan lusa.



Tiket berharga $30 untuk dewasa dan $20 untuk pelajar.



Untuk tempahan tiket, e-mel kepada tickets@eradancetheatre.com atau telefon 6493-2395 untuk tempahan tiket.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >