Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Fattah Amin terkejut masih jadi pilihan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Fattah Amin terkejut masih jadi pilihan

Sep 30, 2019 | 05:30 AM



PELAKON kacak popular, Fattah Amin, mengaku beliau berasa terkejut dinobat sebagai pelakon lelaki paling popular memandangkan saingan yang begitu sengit yang dihadapinya.



Dinobatkan sebagai Pelakon Filem Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-32 di Putrajaya Ahad lalu, beliau berkata:



"Secara peribadi, kemenangan ini saya anggap sebagai kejutan memandangkan finalis lain yang bersaing cukup hebat.



"Saya bersyukur kerana peminat masih ikhlas menyokong. Tidak kira apa juga keadaan, mereka sentiasa menjadi pendorong untuk saya terus kuat menghadapi cabaran dan bertahan.



Bercakap kepada Berita Harian Malaysia selepas memenangi anugerah tersebut, Fattah, bagaimanapun, memohon maaf kerana tidak dapat memeriahkan acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu kerana keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan.



"Saya tidak sihat dan kurang bermaya susulan jadual kerja yang padat. Bagaimanapun, saya menghargai sokongan semua pihak kerana berada dalam senarai ABPBH 32 adalah penghormatan terhadap usaha keras selama ini.



"Pastinya anugerah ini menjadi pembakar semangat bagi saya untuk terus memberikan persembahan terbaik. Setiap pengiktirafan datang bersama kepercayaan dan tanggungjawab yang harus dilunaskan dengan penuh amanah," katanya.



Menerusi kategori itu, Fattah mengetepikan saingan hebat daripada Remy Ishak, Syafiq Kyle, Zizan Razak, selain Zul Ariffin yang pernah dua kali menjulang trofi itu.



Dalam perkembangan lain, suami pelakon Nur Fazura Sharifuddin itu sibuk dengan penggambaran filem Mimaland arahan Nevin Hiong, bergandingan dengan pelakon baru, Sophia Albarakbah.



Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular dimenangi Mira Filzah.



Mira turut menjulang piala Pelakon TV Wanita Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular bersama Remy Ishak (kategori dalam talian).



Dengan jumlah undian tertinggi sebanyak 6.3 juta, pelakon yang meledak menerusi drama Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati Kanda dan Sweet Dreams itu turut memenangi anugerah Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >