Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Kampung yang pernah wujud di utara Singapura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

JEJAK WARISAN

Kampung yang pernah wujud di utara Singapura

Mar 11, 2019 | 05:30 AM



WOODLANDS/KRANJI/MANDAI



KAWASAN ini terkenal dengan kampung di tepian Selat Tebrau seperti Kampung Lorong Fatimah, Kampung Sungei Mandai Kechil dan Kampung Wak Selat.



Pada 1990-an, Kampung Wak Selat mendapat perhatian apabila lebih 70 rumah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan. Kampung Wak Selat, yang terletak di sepanjang landasan Keretapi Tanah Melayu antara Kranji Road dan Sungei Mandai Besar, mula wujud pada 1947 dan dikatakan mempunyai kemudahan seperti bekalan air, padang bola sepak dan masjid kecil. Sebilangan besar penduduknya kini berpindah ke estet perumahan di Marsiling dan kawasan itu kini diganti dengan kawasan kilang Perbadanan Bandar Jurong (JTC).



Kampung Lorong Fatimah pula wujud sehingga 1989 apabila kawasan itu diperlukan bagi pembangunan Pusat Pemeriksaan Woodlands Checkpoint. Penduduknya, yang tinggal di rumah papan di atas air, bekerja sebagai nelayan dan pemandu bot untuk membawa penumpang antara Johor dengan Singapura menyeberangi Selat Johor.



Kampung lain di kawasan ini termasuk Kampung Melayu Woodlands yang pernah wujud pada 1950-an, Kampung Keranji, Kampung Sungei Kadut dan Kampung Sungei Mandai Kechil, yang dinamakan sempenan Sungai Mandai Kechil. Sungai itu kini diubah menjadi kolam buatan dan terletak di Taman Bandar Woodlands.



Terdapat juga kampung Cina di kawasan ini seperti Kampung Mandai Tekong dekat Mandai Road. Penduduknya menanam sayur dan orkid pada 1960-an.



SEMBAWANG



Kampong Wak Hassan antara kampung terkenal dan terakhir dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan. Kampung lain di kawasan ini termasuk Kampung Tanjong Irau, Kampung Sembawang, Kampung Lubang Bom, yang mendapat namanya sempena lubang bom pada zaman pendudukan Jepun, Kampung Hailam dan Kampung Sungei Simpang.



Sebahagian kawasan kampung ini telah diambil alih, antaranya bagi pembinaan Limbungan Kapal Sembawang, estet perkilangan serta perumahan.



YISHUN



Kampung Nee Soon, yang pernah dikenali sebagai Chan Chu Kang, adalah antara kampung masyarakat Cina paling tua di Singapura. Ia dikatakan wujud seawal 1850 dan namanya ditukar kepada Kampung Nee Soon sempena nama tauke ladang getah Lim Nee Soon (1879 - 1936). Lim Nee Soon dan anak lelakinya Lim Chong Pang (1904 - 1956) dikatakan membuat sumbangan besar kepada pembangunan kawasan utara Singapura. Tidak hairanlah banyak nama kawasan dan jalan yang terdapat di kawasan perumahan Yishun pada hari ini menggunakan nama mereka.



Kampung Chong Pang pada asalnya dipanggil Kampung Westhill. Namanya ditukar pada 1956. Ia terletak di Bandar Baru Sembawang yang ada sekarang ini dan dahulunya didiamai sebagaian besarnya oleh kaum India sehingga pertengahan 1950. Estet perumahan Chong Pang di Yishun sekarang ini bukan Kampung Chong Pang yang asal.



Tidak ramai orang Melayu tinggal di kawasan Nee Soon, tetapi terdapat juga beberapa keluarga yang tinggal di Kampung Jalan Mata Ayer. Jalan itu masih wujud di Sembawang Road. Masyarakat Melayu di kawasan ini kemudian membina Masjid Ahmad Ibrahim. Masjid itu masih wujud hingga kini.



Terdapat juga kampung kecil yang terletak di sepanjang tebing Sungei Seletar (kini dikenali sebagai Kolam Air Lower Seletar). Sebilangan besar penduduknya merupakan nelayan dan penangkap ikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >