Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

AirAsia, Plug and Play mahu bimbing firma teknologi baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

TEKNOLOGI

AirAsia, Plug and Play mahu bimbing firma teknologi baru

Apr 04, 2018 | 05:30 AM



SYARIKAT penerbangan AirAsia baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan Plug and Play Tech Center, syarikat permulaan inovasi global yang beribu pejabat di Lembah Silikon.



Di bawah kerjasama itu AirAsia akan menjadi rakan program pelancongan dan layanan Plug and Play selain menjadi mentor kepada perniagaan baharu dan bekerjasama untuk menerokai teknologi baru.



Kerjasama ini akan membolehkan AirAsia mengenal pasti, memantau dan menyokong syarikat baru yang berkaitan sementara mereka membangunkan produk dan teknologi baharu untuk sektor pelancongan.



Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Digital, Transformasi dan Perkhidmatan Korporat) Aireen Omar berkata: "Kerjasama ini – yang pertama untuk terus mencetus inovasi – membolehkan kami mengenal pasti teknologi terkemuka untuk membantu mengekalkan kedudukan kami sebagai peneraju tambang rendah dan pengalaman para tetamu selain mengubah AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan menjadi sebuah syarikat digital global."



Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Plug and Play Saeed Amidi, berkata: "Kami akan membantu AirAsia mencari syarikat baru terbaik dalam industri ini untuk menyuntik idea baru ke dalam perniagaan mereka.



Kepakaran mereka merupakan satu tambahan yang baik kepada ekosistem kami dan kami mengalu-alukan mereka ke Lembah Silikon."



AirAsia merupakan perintis dalam menggunakan teknologi baharu untuk meningkatkan pengalaman perjalanan para tetamunya.



Syarikat penerbangan ini merupakan antara yang pertama memperkenalkan tempahan menggunakan SMS pada tahun 2003, diikuti dengan laman web – yang membolehkan para tetamu membuat tempahan penerbangan, daftar masuk dan mengubah tempahan – serta aplikasi mudah alih.



Laman itu telah memenangi anugerah Laman Web Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia, dan Aplikasi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia di Anugerah Pelancongan Dunia 2015.airasia.com Di lapangan terbang pula, AirAsia adalah perintis dalam menggunakan kios layan diri yang membolehkan tetamu mendaftar masuk, mencetak pas masuk dan tag bagasi mereka, serta memperkenalkan tag bagasi di rumah dan fungsi daftar masuk bagasi sendiri.



Baru-baru ini, AirAsia telah melancarkan sistem pengecaman wajah Fast Airport Clearance Experience System (Faces) di pintu masuk, menjadikannya syarikat penerbangan pertama di Asia yang menyediakan pengalaman automatik sepenuhnya dari daftar masuk ke pintu perlepasan.



AirAsia juga telah banyak melabur dalam perkhidmatan digital selari dengan proses transformasinya untuk menjadi sebuah syarikat penerbangan digital, termasuklah aplikasi perkhidmatan kewangan BigPay, hiburan dan sambungan ROKKI, program Kesetiaan BIG AirAsia dan logistik menerusi RedBox.



Plug and Play pula sebuah firma inovasi yang ditubuhkan pada 2006 dan kini mempunyai 28 kehadiran di serata dunia.



Firma itu memberi sumber kepada firma startup supaya mereka dapat berjaya. Plug and Play juga telah menawarkan pelaburan aktif kepada 200 firma di Lembah Silikon dan menganjurkan lebih 700 acara setiap tahun. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >