BERBANDING dengan peserta Gegar Vaganza (Musim Ketiga) lain yang sudah lama menyepi daripada dunia hiburan kerana komitmen keluarga atau tugasan lain, pelantun lagu Di Persimpangan Dilema, Nora, masih aktif berkarya di persada seni.
Meskipun tumpuannya sejak berhijrah beberapa tahun lalu ialah menyanyikan lagu kerohanian mahupun menerbitkan animasi Ummi...Ceritalah Pada Kami yang padat dengan nilai murni, ia bukan bermakna Nora tidak sudi menyertai peraduan realiti yang menguji keberkesanannya sebagai penghibur serba boleh.