Nora tidak kisah kata negatif berhubung beraya dengan bekas mentua, Berita Gaya Hidup - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Gaya Hidup0

Nora tidak kisah kata negatif berhubung beraya dengan bekas mentua

Jul 09, 2016 | 05:30 AM

PELAKON Nora Danish tidak lagi terkesan dengan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya berhubung tindakan menyambut Syawal bersama keluarga bekas mentuanya setiap tahun walaupun sudah tiada lagi ikatan kekeluargaan.

Nora sebaliknya berkata beliau sentiasa bersikap positif kerana kehadirannya itu hanya sekadar membawa anak lelaki tunggalnya, Putera Rayqal, beraya bersama datuk dan neneknya.

"Saya tidak akan sesekali memutuskan hubungan antara Rayqal dengan keluarga bekas suami kerana tiada sebab saya perlu berbuat demikian.

"Apa yang orang hendak kata itu saya tidak lagi ambil peduli kerana paling penting niat saya sekadar membawa Rayqal beraya bersama datuk dan neneknya, itu sahaja.

"Ia menjadi kebiasaan kerana Rayqal cucu pertama dan rasanya tidak salah bagi saya berada di sana kerana saya sendiri sudah menganggap bekas ibu dan bapa mentua seperti keluarga sendiri," katanya kepada mStar Online.

Discover Malay Home Based Businesses

Dalam pada itu, Nora berkata beliau sedar akan kedudukan dirinya yang tiada sebarang ikatan dengan keluarga bekas suaminya namun apa yang dilakukan demi anaknya.

"Orang yang bercakap buruk tentang saya mereka tidak pernah berada dalam keadaan saya tetapi tidak mengapa kerana bukan saya minta mereka faham keadaan saya," ujarnya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map