SEMASA remajanya dalam era 1990-an, pelakon dan penulis Haryani Othman cukup meminati artis-artis tempatan yang pernah mewarnai rancangan televisyen tempatan, terutama mereka yang muncul dalam rancangan Hiburan Minggu Ini (HMI).
Nama-nama seperti Suraya Hassan, juara Bintang 91/92 dan naib juara, Asnida Daud, menjadi idola yang mempengaruhi gaya persembahan Haryani di pentas.