SELEPAS 12 tahun mengabdikan diri dalam dunia hiburan Singapura, pelakon dan hos tinggi lampai Nurul Aini berkata beliau kini sudah bersedia mencuba sesuatu yang lebih mencabar - berlakon di seberang Tambak.
"Memang bukan mudah mencuba sesuatu yang baru. Tetapi suami saya menyokong sekiranya saya ingin menebarkan sayap ke Malaysia.