DALAM kehidupan harian kita yang banyak bergantung pada kuasa elektrik, ramai di antara kita menganggap kuasa itu pasti ada apabila diperlukan. Namun, apakah benar kuasa elektrik tidak akan putus, terutama bagi mereka yang bergantung pada rangkaian perhubungan seperti telefon bijak, Internet, aplikasi mesej WhatsApp dan sebagainya?
Bagaimana pula nasib mereka yang tinggal jauh terpencil di pedalaman yang amat mengharapkan kuasa elektrik untuk terus menerangi kehidupan mereka pada waktu malam? Demi mengatasi masalah 'kabur' itu, para saintis berusaha mencipta kuasa elektrik daripada bahan atau kaedah yang agak pelik.