BARA SEMANGAT ANAK MUDA GAPAI KEMAJUAN: Generasi penggubah lagu muda
Pakar analitik jadi 'bos' data hartanah
Tugas sebagai Ketua Data dan Analitik Perniagaan SRX Property antara lain libatkan kajian trend, data hartanah bagi cipta alat buat industri
Jul 15, 2016 | 05:30 AM
DATA dan teknologi merupakan dua perkataan paling penting dalam 'kamus' harian Encik Luqman Hakim Abdul Hadi.
Selaku Ketua Data dan Analitik Perniagaan firma data hartanah, SRX Property, Encik Luqman, 32 tahun, harus mengetuai projek berkaitan data besar dan analitik pasaran hartanah sejak 2014.