Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Pakar kongsi tips dalam Seminar Keibubapaan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pakar kongsi tips dalam Seminar Keibubapaan

Sep 10, 2019 | 05:15 PM



'BERAT sama dipikul, ringan sama dijinjing'.



Itulah tema Seminar Keibubapaan anjuran Pusat Kebapaan (CFF) dan Angkatan Karyawan Islam (AMP), dan turut disokong oleh Berita Harian (BH).



Tema tersebut dipilih bagi menekankan bahawa asas keluarga yang kukuh bermula dengan hubungan suami isteri yang positif.



Antara penceramah yang akan berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam seminar ini ialah Dr Nazirudin Nasir, Timbalan Mufti Singapura.



Dr Nazirudin akan berkongsi  mengenai cabaran yang dihadapi ibu bapa masyarakat Melayu/Islam Singapura dalam menjayakan keluarga yang cemerlang.  



Apabila dihubungi pada Selasa (10 September), Dr Nazirudin berkata: “Secara ringkas, saya akan berkongsi tentang Keluarga RIA, iaitu akronim bagi Rahmah, Ilmu dan Amanah.



“Amanah berkait rapat dengan tanggungjawab dalam unit keluarga, bukan sahaja sekadar menyediakan keperluan fisikal keluarga.



“Ia membawa maksud komitmen terhadap keluarga, menyediakan keperluan pembelajaran, selain menanam nilai murni dan menghidupkan suasana sihat di rumah.”



Menurut beliau, selain perlu ada sifat Amanah dalam mengharungi kehidupan atau cabaran berkeluarga, sifat Rahmah, iaitu berhubung dengan sifat belas ihsan dan saling memahami antara satu sama lain, juga penting dalam membina hubungan suami isteri atau keluarga berdasarkan mawaddah (cinta), sakinah (aman) dan rahmah (belas ihsan).



Sepanjang perkongsiannya, Dr Nazirudin akan berkongsi dan merujuk kepada Al-Quran, kisah Nabi Muhammad saw, ajaran dan nilai murni yang diajar oleh Islam, serta bercerita tentang cabaran yang dihadapi golongan ibu bapa, terutama golongan bapa, dalam konteks sekarang.



“Hubungan antara suami isteri atau hubungan rumahtangga bukanlah seperti satu perniagaan atau satu organisasi ... ia jauh lebih kompleks - mesti ada usaha yang berterusan untuk memperbaiki keadaan dan mengeratkan hubungan,” jelas beliau.



Lantaran itu, perkongsian yang terakhir yang bakal dibincangkan oleh Dr Nazirudin adalah tentang Ilmu.



Menurut beliau, adalah penting untuk mempunyai ilmu tentang cara menyelesaikan masalah keluarga, di samping terus memperbaiki diri sendiri demi kemakmuran keluarga.



“Hidup berkeluarga ini ibarat menuai padi di ladang, (kita) perlu terus memastikan tanah dalam keadaan baik, perlu bubuhkan baja supaya tanaman subur...perlu juga tahu tentang serangga yang merosakkan tanaman kita, dan cara menangani cabaran khusus dalam suasana kehidupan yang lebih mencabar hari ini.”



“Dengan ini, institusi keluarga akan kekal utuh, bahkan akan menjadi lebih kukuh,” jelas Dr Nazirudin.



Penceramah kedua yang akan berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam Seminar Keibubapaan pada Ahad (15 September) ialah pakar motivasi dari Malaysia, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad.



Dr Asmadi bakal berkongsi mengenai peranan bersama ibu bapa dalam mendidik anak cemerlang, khususnya berkaitan pendekatan komunikasi dengan anak yang berkesan, dan cara mendisiplinkan anak.



Apabila dihubungi BH pada Selasa, Dr Asmadi berkata: “Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membesarkan anak. 



“Ibu bapa yang mengambil berat, bukan sahaja berkaitan pembesaran dan keselamatan anak, tetapi juga berhubung emosi dan reaksi anak, akan lebih mudah membesarkan anak yang cemerlang.”



Beliau mengakui bahawa cara membesarkan anak golongan milenial hari ini, yang lebih luas pengalaman dan lebih terbuka cara pemikiran, dengan menggunakan kaedah zaman dahulu mungkin kurang berkesan.



Oleh itu, Dr Asmadi akan berkongsi pendekatan yang baru lagi sesuai digunakan untuk mendidik anak zaman ini.



Perkongsian Dr Asmadi berlandaskan pengalaman peribadi beliau sebagai seorang bapa sembilan anak, daripada usia tujuh bulan hingga 29 tahun, dan pengalaman beliau sebagai pengasas program motivasi pelajar selama 25 tahun.  



  SEMINAR KEIBUBAPAAN 2019
Tema: 'Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing'
Tarikh: Ahad, 15 September 2019
Masa: 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Orchard Hotel
Harga tiket: $50
Harga promosi tiket: $90 bagi pasangan suami isteri

Tiket boleh dibeli di laman bit.ly/SK15Sep, atau secara langsung di pejabat AMP berikut pada waktu pejabat:

AMP @ Pasir Ris, 1 Pasir Ris Drive 4, #05-11;

AMP @ Jurong Point, #06-02 Jurong Point Shopping Centre; dan

AMP @ Wisma Geylang Serai, 1 Engku Aman Turn, #03-03 (Lobi Lif B).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >