Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Pakar mata setempat terima anugerah rantau Asia Pasifik iktiraf sumbangan

Gaya Hidup
31
0

Pakar mata setempat terima anugerah rantau Asia Pasifik iktiraf sumbangan

Mar 01, 2018 | 05:30 AM

KONSULTAN Kanan dan Ketua Jabatan Pembedahan Refraktif, Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC), Dr Mohamad Rosman Othman, telah menerima Anugerah Khidmat Pengiktirafan Akademi Oftalmologi Asia Pasifik (APAO) yang mengiktiraf khidmat pakar yang memajukan bidang oftalmologi di negara mereka.

Oftalmologi merupakan cabang perubatan berkaitan pembelajaran dan rawatan masalah dan penyakit mata.

Dr Rosman, 45 tahun, yang juga Penolong Profesor dan Konsultan Kanan Oftalmologi SNEC, menerima anugerah itu pada 10 Februari lalu di majlis makan malam Persidangan Akademi Oftalmologi Asia Pasifik yang berlangsung di Hongkong, dan disampaikan sendiri oleh Presiden APAO, Dr Charles McGhee.

Sebelum ini, anugerah tahunan itu pernah diberi kepada pengarah pengasas SNEC, mendiang Profesor Arthur Lim.

Antara lain Dr Rosman menerima sijil sebagai sebahagian daripada anugerah yang diterimanya.

Bapa dua anak itu yang tamat pengajian perubatannya pada 1997 dari Universiti Nasional Singapura (NUS) menganggap penganugerahan itu sebagai sesuatu yang tidak dijangka.

"APAO merupakan salah satu pertubuhan oftalmologi terbesar di rantau Asia.

"Pastinya saya berbesar hati menerimanya daripada rakan-rakan seperjuangan.

"Ia juga satu pengiktirafan dalam bentuk sokongan yang saya terima daripada SNEC di mana saya bekerja sebagai pakar oftalmologi.

"Ia satu kejutan memandangkan saya hanya lakukan yang terbaik untuk meningkatkan kesedaran tentang masalah mata biasa, tetapi berpotensi menjadi buta - kepada masyarakat sedang saya turut mengajar golongan doktor muda," katanya.

Beliau menambah bahawa anugerah itu memberi galakan kepadanya untuk meneruskan usaha mengajar serta melakukan kerja-kerja kemasyarakatan selain menjalankan kerja klinikalnya.

Dr Rosman juga terlibat secara langsung dalam kursus-kursus berkaitan pembedahan katarak dan Lasik, dengan mengajar doktor muda tentang pembedahan sedemikian, di sini dan luar negara.

Beliau juga pemerhati bagi banyak peperiksaan possiswazah bagi bidang oftalmologi.

Pada masa ini, Dr Rosman juga Penyelidik Klinisian Kanan Adjun di Institut Kajian Mata Singapura.

Kajiannya termasuk pembedahan refraktif, katarak dan epidemiologi penyakit mata dalam kalangan masyarakat Melayu Singapura.

Beliau pernah menerbitkan kertas-kertas kajian dalam jurnal antarabangsa berkaitan topik-topik tersebut dan menulis beberapa bab buku tentang Pembedahan Refraktif.

Dr Rosman menganggap sokongan keluarga, termasuk kededua orang tuanya di sebalik penganugerahan tersebut.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3