Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Pakar perubatan kupas pelbagai isu sakit kronik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

SEMINAR KESIHATAN BERITA HARIAN-HOSPITAL RAFFLES

Pakar perubatan kupas pelbagai isu sakit kronik

Sep 22, 2018 | 05:30 AM



MEMPUNYAI lebih daripada dua penyakit kronik memerlukan perubatan berbeza.



Namun, apakah tujuan setiap perubatan, kesan sampingan, risiko dan manfaatnya?



Ada di kalangan kita pula mengalami sakit sendi dan keliru dengan punca atau cara merawatnya.



Demikian adalah antara masalah kesihatan yang bakal dibicarakan di Seminar Kesihatan Berita Harian-Hospital Raffles 2018 pada 6 Oktober ini di Auditorium SPH News Centre.



Seminar kesihatan itu bertajuk 'Fahami Keadaan Kesihatan Anda dan Jalani Hidup Ceria' akan membincangkan tentang pelbagai kesakitan dan masalah kesihatan seperti penyakit kronik, gaut, keradangan sendi, ekzema, sakit tangan, sakit leher dan sakit belakang, di samping tip bagi penjagaan kulit dan tubuh yang baik.



Ia turut menampilkan lima pakar perubatan yang masing-masing mahir dalam masalah kesihatan berbeza.



Pakar perubatan gereatrik dan konsultan Pusat Perubatan Dalaman Raffles, Dr Nur Farhan Mohammad Alami akan menjelaskan mengapa terdapat peningkatan pada bilangan mereka yang menghidapi lebih daripada dua kondisi perubatan dan berkongsi pandangannya mengenai keperluan bagi perubatan berlainan serta kesannya.



"Peserta akan memahami tujuan perubatan berbeza, kesan sampingan, risiko dan manfaat perubatan bagi mereka yang mengalami lebih daripada dua penyakit kronik," ujar Dr Nur Farhan tentang topik perbincangannya - 'Mengurus Pelbagai Penyakit Kronik dan Perubatannya' - di seminar kesihatan ini.



Pakar perubatan dalaman dan reumatologi serta konsultan Pusat Perubaan Dalaman Raffles, Dr Chong Yong Yeow, akan berkongsi mengenai pelbagai jenis kondisi sendi yang sering dilihat termasuk gaut dan kondisi keradangan sendi lain.



Beliau juga akan menyentuh mengenai diagnosis dan kaedah rawatannya.



"Peserta akan pelajari tentang bagaimana seseorang boleh mengalami penyakit gaut akibat asid urik tinggi dalam darah, bila untuk mendapatkan rawatan bagi arthritis gaut, nasihat pemakanan buat mereka yang mengalami penyakit gaut, perubatan yang digunakan pakar perubatan dalam rawatan penyakit ini serta memahami kesan sampingan perubatan," kata Dr Chong.



Pakar perubatan dalam dermatologi dan konsultan Pusat Kulit dan Estetik Raffles, Dr Tan Siew Kang, pula akan menjelaskan dan menyangkal 10 mitos umum dan fakta mengenai ekzema.



Jika anda mengalami kesakitan tangan, pakar perubatan dalam pembedahan ortopedik dan konsultan Pusat Ortopedik Raffles, Dr Anthony Foo, akan berkongsi mengenai sebab biasa bagi sakit sendi dan bagaimana anda boleh mengawalnya.



"Rasa sengal dan sakit di bahagian tangan dan pergelangan tangan adalah masalah yang kerap dialami orang. Pelbagai sebab mengakibatkan masalah kesakitan ini dan rawatannya agak mudah dan tidak invasif. Peserta akan memahami sebab kesakitan tangan, bagaimana mereka boleh mengelak rasa sakit dan merawatnya sendiri dan bila mereka harus mendapatkan perubatan," kata Dr Foo.



Satu lagi masalah kesakitan yang dialami di kalangan hampir 80 peratus golongan dewasa merupakan di bahagian leher dan bahagian belakang badan, menurut pakar fisioterapi kanan, Pusat Pemulihan Raffles, Cik Nur Faradyna Putri Kamarudin.



Cik Nur Faradyna Putri akan membincangkan mengenai jenis-jenis kesakitan berlainan yang biasa dialami dan menjelaskan bagaimana fisioterapi boleh membantu.



Beliau juga akan berkongsi nasihat mengenai soal ergonomik.



"Saya akan berkongsi senaman simple di rumah yang boleh membantu mengurus kesakitan di bahagian leher dan belakang badan. Saya juga akan sarankan bagaimana peserta boleh mengelak kecederaan dan meningkatkan tahap keselesaan," kata Cik Nur Faradyna Putri.



Lantaran itu, mereka yang ingin mencegah masalah kesihatan turut dialu-alukan menghadiri seminar kesihatan ini.



Lebih menarik lagi, peserta akan menerima cenderahati dan jamuan ringan turut dihidangkan.




BUTIRAN SEMINAR



BILA: Sabtu, 6 Oktober 2018



MASA: 1 hingga 5 petang (waktu pendaftaran: 12.30 tengahari)



TEMPAT: Auditorium SPH News Centre, 1000 Toa Payoh North, S(318994)



BAYARAN: Daftar sekarang, diskaun bagi peserta awal



Bayaran $10 setiap peserta (daftar selewatnya 28 September).



Pendaftaran mulai 29 September berharga $15 setiap peserta.



MAKLUMAT LANJUT:



Kunjungi laman https://www.raffleshealth.com/joyful-life2018.html untuk mendaftar.



Hubungi talian 6311-1111 atau e-mel kepada seminars@rafflesmedical.com untuk pertanyaan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >