Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Bekerja tambah keyakinan, lebih faham dunia orang dewasa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

PAMERAN KERJAYA DAN LATIHAN SG ENABLE

Bekerja tambah keyakinan, lebih faham dunia orang dewasa

Sep 28, 2018 | 05:30 AM



PADA usia 17 tahun, Encik Ahmad Syafiq Muhammad Saleh sudah mula bekerja dan meraih pendapatan bagi menampung perbelanjaan sendiri dan keluarga.



Anak ketiga dalam keluarga enam beradik itu bermula dengan bekerja di kafe The Coffee Bean & Tea Leaf dan kini merupakan penolong penjualan di pasar raya NTUC FairPrice di Kelab Masyarakat Potong Pasir.



Encik Ahmad, 23 tahun, mempunyai kurang daya intelek, dan sebelum ini menuntut di Sekolah Senior Delta kendalian Persatuan Golongan Kurang Upaya (APSN).



"Bagi pekerjaan pertama saya, guru saya membantu saya membuat permohonannya. Selepas beberapa tahun bekerja, SG Enable tanya apakah saya mahu cuba pekerjaan lain. Saya setuju kerana saya tidak mahu selamanya bekerja dalam bidang F&B dan saya mahu raih pengalaman bekerja dalam sekitaran lain," kata Encik Ahmad.



"Mereka sarankan saya bekerja di NTUC FairPrice. Saya kata O.K, saya mahu mencubanya. Lagipun pekerjaan itu lebih stabil dan tidak terlalu sibuk," tambahnya.



Terlebih dahulu, SG Enable, sebuah agensi bagi golongan kurang upaya, dan Persatuan Golongan Kurang Daya Intelek Singapura (Minds) menilai kesediaan bekerja Encik Ahmad.



Beliau kemudian dihantar menjalani latihan di NTUC FairPrice di Enabling Village yang melengkapinya dengan pengetahuan lebih mendalam tentang cara sebuah pasar raya beroperasi, keselamatan di tempat kerja dan cara menyusun barangan dengan baik.



Kini, beliau telah pun bersama pasar raya itu selama setahun setengah, melakukan tugas seperti menambah stok di rak, meletakkan label harga barangan, dan menukar label harga sekiranya ada promosi.



Beliau merupakan pekerja sambilan dan bekerja lima jam sehari, enam hari seminggu.



"Sejauh ini saya selesa melakukan tugas ini. Kalau ada apa-apa yang saya kurang pasti, saya akan meminta bantuan rakan kerja saya," kata Encik Ahmad yang berbasikal ke tempat kerja dari tempat tinggalnya di Toa Payoh.



Bagi beliau, bekerja telah mendewasakannya dan menjadikannya seseorang yang lebih rajin dan matang.



"Lepas saya mula bekerja, baru saya sedar begini rupanya dunia orang dewasa.



"Saya cuba sesuaikan diri saya dengan sekitaran tempat kerja saya dan orang di sekeliling saya.



"Yang penting saya perlu banyak bersabar dan rajin apabila bekerja. Itulah yang emak saya selalu pesan pada saya,'' kata Encik Ahmad.




PAMERAN KERJAYA DAN LATIHAN SG ENABLE



Tarikh: Esok (29 September 2018)



Masa: 9.30 pagi hingga 1 petang



Tempat: Enabling Village di Lengkok Bahru



Pameran ini akan memaparkan lebih 1,500 peluang latihan dan 250 tawaran kerja dalam pertubuhan sektor awam dan swasta bagi golongan kurang upaya.



Mereka yang berminat digalak mendaftar awal menerusi laman https://bit.ly/sgefair2018 atau talian 1800-8585-885




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >