Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Pameran papar tugas sebenar arkitek, idea ketukangan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pameran papar tugas sebenar arkitek, idea ketukangan

Kurator 'Making Architecture' berkata tujuan pameran memperluas tanggapan dari terciptanya suatu idea hingga menjadikannya sebuah realiti
Oct 08, 2019 | 05:30 AM



DEMI menyangkal pendapat kurang tepat dan membawa orang ramai mengenali lebih dekat tentang proses pekerjaan seorang arkitek, satu pameran sedang diadakan sempena Festival Archifest 2019.



Encik Iskandar Idris, 36 tahun, merupakan salah seorang kurator dari Pameran 'Making Architecture' sempena edisi ke-13 festival ini yang berlangsung dari 27 September hingga esok (9 Oktober) 2019.



"Orang ramai mempunyai pratanggapan tentang apa yang dilakukan seorang arkitek. Mereka berfikir bahawa 'oh hari ini saya mendapat idea untuk satu bangunan, esok saya melukis bangunan itu dan kemudian keesokan harinya saya pergi ke tapak untuk memberitahu kontraktor apa yang perlu dilakukan'," cerita Encik Iskandar.



Beliau kemudian berkongsi berkongsi tujuan pameran ini adalah untuk memperluas tanggapan itu dari terciptanya suatu idea hingga menjadikannya sebuah realiti.



Beliau berkata pameran itu mendalami pemahaman proses yang terlibat serta memberi tumpuan kepada idea ketukangan (craftsmanship), tema festival ini, dalam proses ini.



Encik Iskandar bukanlah setahun jagung dalam bidang ini. Beliau merupakan graduan seni bina di Universiti Nasional Singapura (NUS) dan telah berada di bidang ini hampir 10 tahun mengendalikan projek-projek perumahan privet.



Beliau juga pernah menjadi arkitek yang terlibat dalam projek reka bentuk Masjid Al-Islah di bawah syarikat yang pernah beliau bekerja dulu.



Beliau sudah berminat dalam seni lukisan dan fotografi sejak zaman persekolahan lagi. Anak seorang juruteknik dan pembantu makmal ini, kini sudah tiga tahun memimpin syarikat seni binanya sendiri, Super Assembly.



Menerangkan lagi tentang tema ketukangan, beliau berkata ia bukan sekadar buatan tangan atau handmade.



Menurutnya, idea ketukangan ialah bagaimana menggunakan bahan dengan cara yang mahir.



"Saya menghargai seni bina lebih kepada sisi antropologinya. Bagaimana ia memperbaiki kehidupan orang ramai yang menggunakan ruang itu," kongsinya lagi yang berharap dapat melibatkan diri dalam lebih banyak projek seni bina untuk masyarakat.



Archifest 2019 kali ini menyediakan barisan pameran, ceramah, saringan filem, bengkel dan lawatan yang menarik bagi orang ramai di Pusat URA.



Dianjurkan oleh Institut Arkitek Singapura, perayaan ini meraikan tema "Kraf" atau ketukangan untuk menghormati mereka yang telah mendedikasikan seumur hidup dalam menyempurnakan ketukangan mereka dalam membuat seni bina dan persekitaran yang dibina di mana komuniti boleh hidup, bekerja, dan bermain.



Edisi tahun ini disusun oleh firma seni bina Singapura, Formwerkz Architect.



  • Nenie seorang penulis sambilan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >