Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Panama kian jadi tarikan percutian mewah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Panama kian jadi tarikan percutian mewah

Dec 21, 2015 | 03:36 PM



PANAMA memang terkenal dengan terusannya yang menjadi laluan kapal antara timur dengan barat.


Namun, ia juga kian menjadi destinasi percutian mewah bagi pelancong dengan gabungan tarikan sebuah bandar, hutan tropika dan pantai-pantai yang indah, lapor majalah Forbes.


Misalnya, negara itu baru sahaja membuka sebuah pusat membeli-belah mewah Soho Panama di pusat bandar Panama City.


Pusat tersebut bukan sahaja mempunyai butik-butik mewah seperti Chanel, Versace, Burberry dan Ladurée, tetapi ia juga akan menempatkan Hotel The Ritz-Carlton yang bakal dibuka lewat tahun depan.


Ini disusuli dengan Hotel The Ritz-Carlton kedua di sebuah pulau privet Pearl Island pada 2018.


Panama juga telah membuat perjalanan di negara itu lebih mudah.


Tahun lalu, ia melancarkan laluan kereta api bawah tanah pertama di Amerika Tengah, dan merancang untuk menambah laluan kedua yang akan menghubungkan Panama City ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tocumen di mada hadapan.


Bahkan lapangan terbang Panama sedang membina termina kedua yang lebih canggih untuk hampir menggandakan kemampuannya pada 2017.


Malah terusan airnya juga sedang dipertingkatkan dengan perluasan bernilai AS$5.25 bilion - projek terusan terbesar sejak ia dibina.


Ini akan menggandakan kemampuannya apabila ia siap tahun depan. - Forbes




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >