SAMBUTAN menggalakkan bagi pasar lambak era baru, Twilight: Flea & Feast di Dewan Persidangan dan Pameran Suntec City, lewat tahun lalu, mendorong penganjur bazar trendy, RoseValley, mengadakannya sekali lagi bulan depan.
Antara 2 hingga 4 Februari ini, pasar lambak itu akan sekali lagi menceriakan hujung minggu keluarga tempatan yang mencari ruang bersantai beramai-ramai di Suntec City sekali lagi.