Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Pasha hilang teman akrab dalam tragedi tsunami

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pasha hilang teman akrab dalam tragedi tsunami

Jan 01, 2019 | 05:30 AM



HATI vokalis kumpulan Ungu, Pasha, masih diselubungi kesedihan, mengenangkan bencana tsunami yang menimpa Selat Sunda, baru-baru ini.



Tambahan pula, beberapa teman akrabnya dari band Seventeen iaitu pemain bes Muhammad Awal Purbani (Bani), gitaris Herman Sikumbang dan pemain dram Windu Andi Darmawan, terkorban dalam kejadian memilukan itu.



Sahabat yang sudah dianggap seperti adik sendiri, vokalis Seventeen, Riefian 'Ifan' Fajarsyah, pula terselamat tetapi kehilangan isteri tercinta, Dylan Sahara, seorang personaliti televisyen.



Memang kalau nak difikirkan berat hati Pasha yang nama sebenarnya, Sigit Purnomo Syamsuddin Said, 39 tahun, meninggalkan negara tercinta yang sedang dalam proses pembangunan semula kawasan yang terjejas pasca tsunami.



Namun, pelantun lagu Demi Waktu itu juga enggan menghampakan peminat Singapura dan penganjur acara CelebFest 2018, RoseValley.



Kongsi bapa tujuh anak itu, ketika ditemui Gah! di belakang pentas CelebFest2018:



"Saya masih berkabung lagi dan meratap sayu, membayangkan teman yang sudah tiada. Bayangkan diri saya seperti Ifan yang kehilangan sahabat dan isteri sekelip mata. Pastinya perit di ambang 2019 ini.



"Namun, saya ke Singapura sebab sudah lama tidak bertemu peminat dan diberi kepercayaan menyanyi.



"Singapura juga sudah menjadi ibarat rumah kedua saya. Setiap kali ke sini, ada ramai teman dan sahabat termasuk yang berasal dari Indonesia yang sudi menemani saya jalan-jalan.



"Saya juga menyokong usaha teman selebriti dari Nusantara yang meniaga, mendekati peminat dan inovatif dalam usaha mereka mengenalkan produk baru lebih berkhasiat. Tiada salah kalau ingin meniaga bagi tambah rezeki keluarga."



Pasha yang ditemani isteri cantiknya, Adelia Wilhelmina, akur 2018 merupakan tahun penuh ujian buat Indonesia.



Proses pembangunan semula kota yang terjejas pula memerlukan masa lama, sekurang-kurangnya dua tahun.



Beliau sendiri amat terkesan dengan keadaan yang menimpa Indonesia kerana selaku wakil Wali Kota Palu, Sulawesi Tengah, atau Gabenor, dirinya perlu mengurus proses pembinaan semula Palu selepas ia juga musnah kerana tsunami, September lalu. Musibah itu turut meragut ribuan nyawa.



Sebagai ahli politik, Pasha sendiri masih dicerca masyarakat berikutan bencana di Palu itu meskipun sudah mencuba sedaya upaya.



Turut timbul berita beliau sedia mengundurkan diri daripada amanah sebagai wakil Wali Kota Palu yang dipegang elama lebih dua tahun sekiranya ada yang kurang puas hati dengan caranya mengendalikan kota itu selepas tsunami.



"Banyak yang perlu diuruskan apabila sesebuah daerah itu musnah kerana bencana.



"Pembinaan semula sekolah buat anak-anak, kelancaran operasi rumah sakit bagi merawat yang cedera dan bermacam lagi perkara pentadbiran yang makan masa dan kos.



"Saya, justeru itu, mendoakan agar Indonesia terpelihara daripada dilanda bencana lain pada 2019 dan tahun-tahun selanjutnya.



"Moga kesuraman 2018 ini dapat diubati dengan masyarakat saling besatu-padu demi keharmonian masa depan negara ini dan Nusantara," katanya lagi.



Sewaktu bencana tsunami di Palu, Pasha pernah sama-sama bersusah payah menetap dan tidur di khemah mangsa bencana demi meninjau sendiri jerih payah masyarakat. Mengenai perancangan 2019, beliau sudah merakam projek single kerohanian dan akan menjayakan konsert amal pasca tsunami.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >