Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Pawagam Jewel Changi Airport mesra kanak-kanak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pawagam Jewel Changi Airport mesra kanak-kanak

Apr 14, 2019 | 05:30 AM



MENONTON wayang di pawagam serba canggih lagi santai di Jewel Changi Airport - itulah yang dapat anda sekeluarga lakukan apabila Shaw Theatres Jewel dibuka kepada awam pada Rabu ini.



Panggung wayang terbaru menawarkan beberapa ciri menarik, termasuk sistem bunyi DTX:X yang pertama di Singapura - yang memberikan penonton pengalaman penataan bunyian pelbagai dimensi.



Kompleks itu juga menyediakan dewan menonton filem pertama khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga, yang didirikan bersama-bersama panggung generasi baru IMAX berserta laser, yang kedua-duanya dibuka pada 24 April.



Dinamakan sebagai Dreamers, dewan mesra kanak-kanak itu mengurangkan tahap pancaran cahaya dan suara, serta memberikan sentuhan sinaran yang lebih lembut di dalam dewan, demi menyuntik suasana yang lebih nyaman.



Tempat duduknya juga berwarna- warni.



Panggung IMAX berlaser akan dirasmikan dengan tayangan filem dari Marvel Studio, Avengers: Endgame yang dirakamkan secara keseluruhannya menggunakan kamera IMAX.



Panggung baru yang mempunyai sistem pancaran 4K menggunakan enjin optikal dan teknologi IMAS menghasilkan resolosi yang ditingkatkan, menjadikan visual lebih tajam, imej lebih terang dan kontras yang lebih mendalam.



Shaw Theatres Jewel juga menawarkan dua panggung mewah Lumiere yang hanya mempunyai 26 tempat duduk yang boleh dibaringkan hingga 42 darjah berserta kusyen selesa dan port USB untuk mengecas peranti elektronik.



Semasa sesi pranonton Jewel yang berlangsung sehingga Selasa ini, 500 pasang tiket menonton wayang akan diberi percuma kepada mereka yang membeli- belah di Jewel setiap hari.



Setiap mereka yang membeli-belah diberi peluang mendapatkan sepasang tiket menonton wayang dan mereka boleh beratur di box-office panggung mulai 10 pagi dan tiket hanya sah untuk tayangan filem mulai tengah hari hingga 7.40 malam pada hari yang sama.



Antara filem yang ditayangkan termasuklah Wonder, Paddington 2, Shaun The Sheep Movie, Minuscule: Valley Of The Lost Ants, 47 Meters Down, The Commuter, Chasing The Dragon, Spotlight dan Master Z: The Ip Man Legacy.



Sebagai meraikan pembukaan dewan Lumiere, tawaran harga menarik diberikan - tiket berharga $15 (harga biasa $18) untuk masa tidak sibuk dan $20 (daripada harga biasa $23) untuk masa sibuk bagi tiket 2D.



"Apabila kami membuka kompleks panggung wayang atau mempertingkatkan lokasi sedia ada, kami menetapkan matlamat untuk menyediakan keselesaan dan teknologi kelas terbaik," kata Pengarah Kumpulan Syarikat Pertubuhan Shaw, Encik Mark Shaw dalam satu kenyataan media.



"Panggung IMAX terbaru kami di Shaw Theatres Jewel dilengkapi sistem pancaran dan teknologi bunyi yang mendalam, yang ketika ini tidak banyak dimiliki panggung di serata dunia," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >