Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Pelakon Bollywood Priyanka Chopra bertunang dengan penyanyi Amerika Nick Jonas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon Bollywood Priyanka Chopra bertunang dengan penyanyi Amerika Nick Jonas

Jul 29, 2018 | 03:46 PM



NEW YORK: Pelakon Bollywood popular Priyanka Chopra telah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi Amerika Syarikat, Nick Jonas, selepas berpacaran selama dua bulan, menurut beberapa laporan media baru-baru ini.



Menurut majalah People, Jonas, 25 tahun, menyuarakan hasratnya ingin menjadikan Chopra suri hatinya di London sempena ulang tahunnya yang ke-36.



Awal dari itu, sebuah kedai barang kemas Tiffany di New York juga telah ditutup kepada orang awam buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada Jonas untuk memilih cincin buat buah hatinya itu.



Meskipun wakil kedua-dua bintang itu belum mengulas tentang hal tersebut, pengarah filem Ali Abbas Zafar memberi bayangan tentang pertunangan itu apabila beliau mengumumkan bahawa Chopra tidak akan lagi berlakon dalam filem Bharat, satu drama sejarah tentang India.



“Sebabnya amat istimewa,” ujarnya.



Sementara Jonas dan Chopra sudah lama kenal antara satu sama lain, hubungan mereka menjadi serius dua bulan lalu dan Chopra juga telah memperkenalkan Jonas kepada ibunya di India. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >