Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Pelakon 'PASKAL The Movie' bakal temui peminat di Singapura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon 'PASKAL The Movie' bakal temui peminat di Singapura

Oct 06, 2018 | 05:30 AM



PELAKON utama filem Malaysia mengenai pasukan tentera laut elit, PASKAL The Movie akan berada di Singapura untuk tayangan perdana filem tersebut pada Isnin ini.



PASKAL adalah singkatan kepada Pasukan Khas Laut, operasi elit Tentera Laut Diraja Malaysia.



Pelakon seperti Hairul Azreen dan Gambit Saifullah dijangka akan beramah mesra dengan penonton sebelum tayangan bermula.



Ia dijadual berlangsung di Golden Village Suntec City pada 7.20 malam.



Filem itu dilancarkan di Malaysia pada 27 September dan berjaya mengutip RM2 juta ($666,736) pada hari pertama tayangannya, menurut satu kenyataan akhbar Golden Village.



Sejauh ini filem tersebut telah mengutip RM7.7 juta dalam minggu pertama sejak ia masuk panggung di seberang Tambak.



Dengan perbelanjaan RM10 juta, filem itu mengetengahkan aset ketenteraan sebenar Malaysia, termasuk kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan helikopter Super Lynx 3000 selain dihangatkan dengan aksi mendebarkan pasukan pejuang dalam menjalankan misi menyelamat.



Filem itu melakonkan semula banyak peristiwa yang pernah dilalui anggota PASKAL dalam misi dan latihannya.



Bahkan beberapa anggota sebenar pasukan itu juga disertakan sebagai pelakon tambahan.



Diarahkan oleh Adrian Tan, filem yang menjalani penggambaran di Lumut, Perak, Semporna, Sabah dan Mahgribi turut menampilkan pelakon seperti Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.



Ia mengisahkan Leftenan Komander Arman Anwar (Hairul Azreen), seorang anggota PASKAL.



Bapanya, yang juga anggota pasukan tersebut, meninggal dunia dalam perjuangan, menyebabkan ibunya sukar merelakan Arman meneruskan langkah bersama pasukan tersebut.



Dalam satu misinya, Arman kehilangan rakan baiknya sementara seorang lagi dipecat.



Namun tidak lama selepas Arman minta dipindahkan jabatan, dia dikehendaki berkhidmat dalam satu misi terakhir - misi yang tidak disangkanya akan merubah perjalanan hidupnya.



Filem itu diterbitkan oleh Asia Tropical Films Sdn Bhd, Golden Screen Cinemas Sdn Bhd, Multimedia Entertainment Sdn Bhd, Granatrum Ventures Sdn Bhd, Astro Shaw Sdn Bhd dan diedarkan oleh Golden Village Pictures di Singapura.



Selepas tayangan perdana, filem itu akan dibuka kepada umum pada 11 Oktober.



Dalam pada itu, Hairul memberitahu latihan selama tiga hari di kem tentera di Lumut bersama anggota PASKAL yang dijalani oleh semua barisan pelakon memberi pengalaman baharu buat mereka selain dapat merasai situasi sebenar sebagai anggota elit.



Menurut Hairul, walaupun latihan diberikan hanya 20 peratus daripada yang sebenar, namun ia sudah cukup membuatkan dia sedar bukanlah mudah untuk bergelar anggota PASKAL.



"Tanggungjawab memang besar dan sesi latihan bersama anggota PASKAL memang sukar dari segi fizikal dan kami juga berpeluang belajar mengendalikan senjata berbahaya.



"Tetapi ia pengalaman yang sangat menarik dan berharga kerana kami dilayan seperti anggota elit yang sebenar dan banyak ilmu dikutip sebagai persediaan untuk penggambaran...," katanya.



Orang ramai yang ingin ikut serta menonton tayangan perdana filem itu boleh mendapatkan tiket di Golden Village.




"... sesi latihan bersama anggota PASKAL memang sukar dari segi fizikal... tetapi ia pengalaman yang sangat menarik dan berharga kerana kami dilayan seperti anggota elit yang sebenar... "
- Hairul Azreen




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >