Selepas 12 tahun mengabdikan diri dalam dunia hiburan Singapura, pelakon dan hos tinggi lampai Nurul Aini berkata beliau kini sudah bersedia mencuba sesuatu yang lebih mencabar – berlakon di seberang Tambak.
“Memang bukan mudah mencuba sesuatu yang baru. Tetapi suami saya menyokong sekiranya saya ingin menebarkan sayap ke Malaysia.
“Lagipun ia memberi kelainan kepada saya sebagai seorang pelakon, set penggambaran baru, suasana baru dan semestinya cabaran baru,” jelas ibu dua anak ini.
Selepas berlakon dalam drama Kasih Berbisik yang merupakan terbitan bersama antara Singapura dan Malaysia, Nurul Aini kini mula dikenali di kalangan peminat dan juga kru penerbitan di Malaysia.
Sementara itu, peluang berlakon di seberang Tambak bergolek datang untuk penyanyi dan pelakon serba boleh, Jeff Catz, selepas beliau mencecah usia 46 tahun.
Yang tidak dijangkakan, peranan yang beliau dapat merupakan salah satu watak utama dalam sebuah filem epik dan fantasi, The Chini Saga.
Apatah lagi, Jeff tidak menyangka boleh menda