Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Pelantun dua bersahabat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelantun dua bersahabat

Jun 29, 2019 | 05:30 AM



PENGALAMAN manis menyertai peraduan Juara Mic Junior (JMJ) anjuran stesen televisyen setempat terpahat dalam ingatan sampai bila-bila.



Itulah yang dikongsi pemenang JMJ, Ainul Yaqin Razak, dan naib juara, Putri Emily Joehaidi, kedua-duanya berumur 12 tahun.



Baru-baru ini, mereka beraksi dalam acara perjumpaan Hari Raya di Furama Riverfront.



Bahkan, mereka berpeluang menyanyi bersama penyanyi tersohor Malaysia, Ziana Zain, dalam acara tersebut.



Menurut Ainul, dia mula menyanyi ketika berusia tujuh tahun.



Waktu itu, dia sering mendengar ibunya, Cik Nordiana Akbar Ali, 38 tahun, melantunkan suara. Wanita itu penyanyi dan pembimbing vokal setempat.



"Ibu selalu menyanyi lagu asli di rumah, jadi saya pun terikut," kata Ainul.



Jika ibu inspirasi Ainul, Putri pula meraih ilham daripada bapanya, Encik Muhammad Joehaidi Ahmad, 50 tahun, yang bertugas sebagai pegawai keselamatan.



"Bapalah yang mempengaruhi saya agar cuba menyanyi tapi dia selalu nyanyi lagu rok jiwang," kata Putri.



Ditanya tentang memori uji bakat JMJ, mereka bersetuju bahawa itu peristiwa amat mendebarkan.



"Saya ingat saya amat gementar," ujar Putri.



Tambah Ainul, yang berjaya mendapatkan tempat 16 terbaik pada detik akhir:



"Itu kali pertama saya membuat persembahan di khalayak ramai. Ibu bapa dan peserta lain pun tonton kami.



"Sebenarnya saya cuma dapat nombor 17, jadi saya tak dapat ke pusingan seterusnya. Tapi saya terima panggilan yang katakan saya berjaya ke peringkat seterusnya."



Menurut mereka, latihan dan rakaman JMJ agak memenatkan kerana mereka mula awal pagi dan hanya akan habis pada waktu malam.



Pada waktu pagi hingga petang, mereka menyiapkan diri buat sesi rakaman dan berlatih. Rakaman hanya bermula pada waktu malam.



Mujur pertandingan berlangsung pada cuti sekolah Disember, justeru tidak menjejas pelajaran.



Ketika menyertai JMJ, mereka baru sahaja memasuki Darjah Empat.



Kini, dua tahun selepas pertandingan berakhir, mereka masih berkawan rapat. Ada kalanya, mereka membuat persembahan di acara yang sama.



"Kami menjadi kawan selepas episod ketiga. Sebelum itu kami tak berbual sangat," ujar Ainul.



Menerusi pertandingan itu jugalah mereka berpeluang mempelajari kemahiran baru.



Bagi Ainul, tarian merupakan sesuatu yang harus beliau pelajari.



Bagi Putri pula, tarian sudah menjadi kebiasaan.



"Di sekolah, saya menari tarian Melayu. Jadi apabila disuruh menari bersama rakan JMJ, memang gembira sangat sebab saya suka berdansa," kata Putri.



Kalau dulu mereka sering ada perasaan 'stage fright' atau gementar berada di pentas, kini perasaan itu sudah berkurangan.



"Saya selalu tengok kamera kalau rasa berdebar," kata Putri.



Mereka juga saling mengongsi nasihat bagaimana mahu menjadi penyanyi yang baik.



"Harus banyak latihan dan rasa yakin pada diri sendiri, tak kisahlah kalau tak bagus. Yang penting, kita lakukan yang terbaik," ujar Ainul.




"Harus banyak latihan dan rasa yakin pada diri sendiri, tak kisahlah kalau tak bagus. Yang penting, kita lakukan yang terbaik."
- Pemenang peraduan 'Juara Mic Junior (JMJ)' Ainul Yaqin Razak, tentang usaha menjadi penyanyi yang baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >