Pelbagai filem untuk hiburan si cilik di pawagan Ogos-Dis
Aug 18, 2019 | 05:30 AM
SEBANYAK 10 filem Hollywood untuk kanak-kanak akan masuk panggung antara Ogos hingga Disember ini - dengan sebahagiannya merupakan sekuel kepada terbitan pertama yang mendapat sambutan hangat.
Tayangan filem ini tentunya boleh dijadikan antara aktiviti menarik untuk menghiburkan anak-anak, terutama menjelang cuti penggal sekolah pada awal September ini dan kemudian selepas peperiksaan akhir tahun.