Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Pelbagai jenis ikan dengan aneka cecahan jadi pilihan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelbagai jenis ikan dengan aneka cecahan jadi pilihan

Apr 08, 2018 | 05:30 AM



ENAM jenis ikan yang terdiri daripada ikan laut dan ikan air tawar, boleh dipilih pelanggan Big Fish Small Fish yang mahu menikmati hidangan Fish & Crisps yang ditawarkan.



Jika lazimnya ikan dory digunakan bagi hidangan tersebut di Singapura, kafe yang baru mendapat sijil halal bulan lalu itu turut menawarkan pilihan ikan tilapia, salmon, siakap, kod dan hadok.



Ikan itu dihidangkan bersama hirisan kentang goreng rangup yang sesuai dinikmati dengan satu atau kesemua tujuh jenis cecahan dan sos yang disediakan.



Cecahan telur asin, keju, mayones XO dan mayones kari, serta sos tartar, cili dan tomato itu disediakan secara free flow untuk pelanggan nikmati sepuas-puasnya.



Big Fish Small Fish ditubuhkan Februari tahun lalu dengan cawangan pertamanya terletak di Punggol East.



Cawangan pertama dan kedua di tingkat dua pusat beli-belah Northpoint City di Yishun yang dibuka Disember lalu itu telah mendapat sijil halal.



Cawangan ketiga di pusat beli-belah Bugis Junction yang baru dibuka minggu lalu, sedang dalam proses disahkan halal.



Kafe itu akan dibuka di pusat beli-belah Tampines Mall Jun ini.



Pengasas bersama Big Fish Small Fish, Encik Tham Kok Yun, berkata keunikan kafe itu terletak pada kepelbagaian jenis ikan yang ditawarkan.



"Saya dan rakan kongsi saya memutuskan menjual fish & chip kerana ia adalah hidangan yang digemari ramai. Pada masa yang sama, kami rasa ia boleh ditawarkan dalam cara yang berbeza daripada apa yang sering dilihat kini," kata Encik Tham, 49 tahun.



"Sebagai contoh, ikan salmon jarang menjadi pilihan bagi hidangan ini. Biasanya ikan itu dipanggang. Tapi kami cuba menggorengnya dengan tepung yang rangup dan ringan. Kami memperkenalkannya dan pelanggan sukakannya.



"Selain itu, kami membuat sendiri hirisan kentang goreng yang kami tawarkan. Kami cuba menghasilkannya menggunakan 26 jenis kentang sebelum kami temui kentang yang sesuai," tambahnya.



Memandangkan ikan hanya digoreng selepas tempahan dibuat, pelanggan perlu menunggu sekitar 10 hingga 12 minit sebelum dapat menikmati hidangan itu.



Namun sementara menunggu, pelanggan boleh memilih dan mengambil sos dan cecahan yang mereka gemari.



Pelanggan juga boleh mengambil kertas lebar yang disediakan khas untuk mereka yang mahu 'makan berdamai' di atas meja.



Sarung tangan plastik turut disediakan bagi mereka yang mahu menikmati makanan laut yang dipesan menggunakan tangan.



Selain Fish & Crisps, kafe itu turut menawarkan sandwic ikan atau udang goreng bersama hirisan kentang goreng; dan ikan goreng bersama nasi cendawan serta coleslaw.



Ia juga mempunyai pelbagai hidangan pembuka selera seperti udang XO bersama coleslaw, dan sotong goreng berperisa telur asin yang ditabur emping ikan bonito.



Pencuci mulut churros dalam tiga perisa turut ditawarkan.



Harga Fish & Crisps itu ditawarkan pada harga antara $7.90 dengan $17.90 bergantung pada jenis ikan yang dipilih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >