Peluang ramah mesra dengan artis
Aug 15, 2019 | 05:30 AM
PEMBACA akhbar ini bakal berkesempatan beramah mesra dengan artis-artis yang diminati selain menyokong bakat setempat.
Membuka tirai acara 90 Minit Bersama... ialah artis 1970-an, Junainah M. Amin (gambar atas), yang popular dengan lagu-lagu termasuk Ratu Duniaku, Ku Sayang Padamu dan Suasana Riang Hari Raya.