Peluang sertai bengkel penulisan, miliki buku sastera Melayu
Karnival buku Melayu sulung bakal diadakan di Wisma Geylang Serai dari 16-17 Mac, sebahagian gerakan #BuySingLit, yang bertujuan galak warga beli sastera tempatan
MENGARANG pantun, membaca syair, menyertai bengkel penulisan, bersua muka dengan penulis tempatan, dan membeli sastera Melayu tulisan penulis Singapura sendiri.
Inilah antara kegiatan yang boleh dinikmati masyarakat Melayu di Pesta Buku Melayu - Buana Buku Rimbun Ilmu, karnival buku Melayu sulung yang bakal diadakan di Wisma Geylang Serai (WGS).