SEBELUM merakamkan filem Apprentice, barisan pelakon utama - Fir Rahman, Mastura Ahmad dan Wan Hanafi Su - telah menjalani pelbagai persiapan dan latihan bagi memahami jalan cerita dan watak masing-masing serta menjalin keserasian antara satu sama lain.
Mereka meluangkan tiga hari bersama penulis dan pengarah Boo Junfeng di sebuah calet di Singapura bagi membaca dan melakonkan babak-babak dalam skrip.