Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Pembikinan filem muzikal terbaru 'The Greatest Showman' risiko besar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pembikinan filem muzikal terbaru 'The Greatest Showman' risiko besar

Jan 15, 2018 | 05:30 AM



PELAKON watak Wolverine, Hugh Jackman, berkata Hollywood sudah mula menerima kembali muzikal selepas mengenepikan filem sedemikian sejak dua dekad lalu.



Bintang asal Australia itu akan membintangi filem terbarunya The Greatest Showman yang merupakan sebuah muzikal biopik mengenai pengurus sarkis, PT Barnum, pada tahun-tahun 1800-an.



Laman abc.net.au melaporkan bahawa filem itu mengandungi lagu-lagu asal dan Jackman berkata ini bermakna ia tidak lagi mengikut trend Hollywood.



"Apabila mendapat lampu hijau bagi filem ini, belum ada filem muzikal yang ditayangkan sejak mungkin 23 tahun lalu.



"Bagi ramai, ia satu risiko besar. Secara umumnya filem sebegini - sebelum ini - lebih sesuai untuk Broadway atau mereka akan gunakan lagu-lagu yang sedia ada seperti filem Moulin Rouge," katanya kepada News Breakfast.



Dianggarkan filem The Greatest Showman ini mengambil masa tujuh tahun untuk mendapat sokongan dan sebelum ini ia dianggap sebagai filem biopik sahaja sebelum pengarah Michael Gracey ambil keputusan menjadikannya muzikal.



Ia diterbitkan pada masa sama dengan filem La La Land - mengembalikan semula muzikal asal.



Jackman menyatakan kali terakhir sebuah muzikal difilemkan ialah pada 1992 menerusi filem Disney berjudul Newsies.



Malangnya, ia kurang dapat sambutan dan mendapat kritikan semasa ia mula ditayangkan.



Jackman mengiktiraf pengarah Baz Luhrmann - yang menghasilkan filem Moulin Rouge - selain kejayaan filem La La Land yang menghasilkan minat baru dalam muzikal di Hollywood.



Namun katanya masih agak sukar meyakinkan pihak studio untuk menerbitkan filem sedemikian apatah lagi sekiranya pasukan penulisnya tidak terkenal.



"Mereka hanya inginkan para pembikin lagu dan penyanyi seperti Bruno Mars dan lain lagi.



"Tapi kemudian mereka tarik saya dan menyatakan yang mereka ingin saya menghadiri kelas menyanyi di bawah bimbingan Liz Caplan, yang boleh bimbing dalam Broadway dan juga lagu-lagu pop.



"Bagi saya filem ini akan dapat tarik minat penonton seperti anak perempuan saya yang berusia 12 tahun dan juga seorang datuk atau nenek yang sudah berusia 90 tahun.



"Lagu-lagunya sepatutnya boleh menarik minat semua lapisan usia," katanya.



'MENINGGALKAN' WATAK WOLVERINE



Memang Jackman bermula sebagai adiwira Wolverine semasa mula-mula ke Hollywood dan watak tersebut telah muncul dalam lebih tujuh filem X-Men seawal 2000.



Beliau juga telah membawa watak utama dalam filem adaptasi Les Miserables pada 2012, namun beliau rasakan Hollywood belum pernah memberinya peluang tampilkan bakatnya dalam nyanyian atau tarian - sesuatu yang dikenalinya semasa di Australia.



"Di seluruh dunia semua kenali saya sebagai Wolverine.



"Tetapi di Australia, semua orang tahu yang saya lebih selesa semasa atas pentas, menyanyi dan menari, berbanding semasa saya berlakon sebagai adiwira itu.



"Aneh apabila kerjaya saya beralih kepada dunia yang banyak aksi lasak berbanding sesuatu yang saya amat dikenali tapi belum pernah dapat lakukan," tambahnya.




"Di seluruh dunia semua kenali saya sebagai Wolverine. Tetapi di Australia, semua orang tahu yang saya lebih selesa semasa atas pentas, menyanyi dan menari, berbanding semasa saya berlakon sebagai adiwira itu."
- Pelakon Hugh Jackman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >