KALAU ada yang bertanya, apakah ciri unik kesenian Melayu di sini yang mungkin belum ada di negara-negara Nusantara, penulis tidak akan teragak-agak menyebut antara yang menyerlah ialah pementasan teater genderang oleh Nadi Singapura.
Walaupun terdapat beberapa kumpulan genderang di tanah air mahupun di negara-negara jiran, paluan dan bunyian yang dibawa kumpulan tersebut begitu kental jiwa Melayunya.