Pementasan kupas isu sakit mental

SEMASA satu lawatan ke rumah pesakit, pelakon kacak Haizad Imram teringat bagaimana seorang ibu tunggal berusia 50-an tahun terkial-kial menjaga dan menguruskan keperluan anak lelakinya, 30-an tahun, yang mengalami kerencatan mental dan skizofrenia.

Sokongan sosial yang lemah juga menimbulkan kesukaran bagi si anak datang ke Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi sesi rawatan.