Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Pemergian amat dirasakan ramai penggiat seni

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

BELASUNGKAWA

Pemergian amat dirasakan ramai penggiat seni

Dec 14, 2019 | 05:30 AM



SATU kehilangan yang sangat besar dalam dunia seni.



Dikenali dan dihormati ramai sebagai pejuang seni lakonan selama lebih tiga dekad, perasaan sayu sewaktu jenazah Allahyarham J.A. Halim dibawa pulang ke rumahnya di Serangoon Avenue 3 pagi semalam tidak dapat diungkapkan oleh ramai artis yang menziarah.



"Arwah seperti abang saya sendiri," kata pelakon Sahfuddin Mahfudz, 54 tahun.



"Ya Allah... pemergian beliau memang satu kehilangan yang sangat besar," tambah pengerusi unit drama Sriwana itu yang tidak dapat menahan titisan air matanya.



Rabu lalu, Allahyarham J.A. Halim atau nama sebenarnya Abdul Khalim Jamaludin, juga penasihat kumpulan seni persembahan Sriwana, diserang angin ahmar pada sekitar 9 malam sewaktu bermesyuarat bersama jawatankuasa kumpulan itu.



Semasa kejadian itu, Encik Sahfuddin mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila mendengar pertuturan Allahyarham manjadi kurang jelas selain tubuh bahagian kirinya tidak dapat berfungsi seperti biasa.



"Kami menghubungi ambulans yang tiba dalam beberapa minit dan kemudian membawanya ke hospital Tan Tock Seng (TTSH)," katanya.



Anak sulungnya, Nina Halim, 40 tahun, berkata kejadian yang berlaku memang amat memeranjatkan beliau sekeluarga kerana ia berlaku dengan pantas.



"Arwah ayah meninggal dengan tenang tanpa menyusahkan ibu dan anak-anaknya.



"Yang pasti Allahyarham dalam kenangan kami sebagai seorang yang penyayang kepada keluarga dan sahabat handainya," kata ibu dua anak kecil itu sambil menitiskan air matanya.



Menurut Nina, doktor mengesahkan pembuluh darah Allahyarham pecah menyebabkan pendarahan pada bahagian kanan otaknya.



Beliau jatuh koma sekitar 4 pagi kelmarin dan tidak sedarkan diri sehingga menghembuskan nafas terakhir sekitar 8 pagi semalam.



Bapa dua anak dan datuk lima cucu itu, sepatutnya menyambut ulang tahun perkahwinan dengan isterinya, Aminah Ahmad, yang ke-41 tahun, lusa.



Aminah, 64 tahun, bersyukur kerana kejadian Allahyarham diserang angin ahmar berlaku semasa sedang menghadiri mesyuarat - dikelilingi rakan seninya.



"Biasanya arwah suami seorang sahaja di rumah kalau saya bekerja.



"Mujur kejadian berlaku semasa mesyuarat itu sedang berlangsung maka ramai yang dapat membantunya," kata kakitangan awam itu lagi.



Seorang lagi pelakon, Norsiah Ramly, 54 tahun, yang juga hadir sewaktu jenazah arwah diuruskan sering mengingatkan beliau tentang tekadnya memperjuangkan seni lakonan.



"Abang (Allahyarham) J.A. Halim merupakan seorang penyayang. Beliau sayang kepada semua orang dan sayang kepada seni.



"Antara kenangan yang saya tidak dapat lupakan ialah tegurannya serta nasihatnya supaya berseni dengan penuh keikhlasan.



"Selama ini, arwah telah bertekad membangunkan Sriwana. Lalu beliau juga jatuh sakit di tempat yang sangat disayanginya itu pula," katanya lagi.



Rakan lamanya, pelawak Mahadi Shor, atau nama sebenarnya Encik Mohamed Shor, 69 tahun, menganggap Allahyarham sebagai abangnya sendiri.



"Kami sama-sama bergiat dalam dunia seni selama lebih 30 tahun.



"Pemergian beliau amat dirasakan ramai penggiat seni termasuk saya sendiri," ujarnya dengan air mata yang bergenang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >