Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Peminat Ronaldo kurang senang dengan tarian pemain bola sepak itu dalam iklan Shopee baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Peminat Ronaldo kurang senang dengan tarian pemain bola sepak itu dalam iklan Shopee baru

Aug 22, 2019 | 03:54 PM



Bagi para peminat bola sepak, mungkin ia agak sukar untuk menonton iklan Shopee sepanjang 30 saat ini.



Dalam iklan baru yang dikeluarkan oleh platform membeli-belah dalam talian Shopee, pemain bola sepak terkenal di dunia, Cristiana Ronaldo, dilihat sedang menari mengikuti irama lagu Baby Shark.



Iklan yang dikeluarkan oleh wadah membeli-belah dalam talian, Shopee, juga menunjukkan para penonton di stadium langsung tidak memberi sebarang sorakan selepas bintang bola sepak itu menjaringkan sepakan percuma semasa perlawanan.



Mengapa? Ini kerana mereka sedang sibuk membeli belah dengan menggunakan telefon bimbit mereka.



Lalu, Cristiano Ronaldo membalas situasi yang aneh itu dengan memberi pertanyaan kepada mereka, “Shopee?”, dan dia turut juga mengikuti para penonton membeli belah dengan aplikasi tersebut.





Namun, video yang telah tular di lelaman media sosial, Twitter dan telah ditontoni sebanyak 9.9 juta kali, kurang mendapat sambutan oleh para peminatnya, lapor Asiaone.



Terdapat pelbagai respons dari para pengguna Twitter dan satu daripadanya adalah, "Seseorang perlu memberitahu saya berapa banyak mereka membayar Ronaldo untuk melakukan iklan ini."



Asiaone melaporkan bahawa pemain Juventus FC itu dipercayai telah membuat penggambaran iklan tersebut di Singapura ketika dia membuat penampilan kejutan sebelum memainkan pertandingan Piala Juara-Juara Antarabangsa pada bulan Julai lalu.



Beliau kemudiannya diumumkan sebagai duta jenama terbaru Shopee pada 16 Ogos.



Menurut laporan Forbes, menjadi duta produk merupakan antara penyumbang besar pada pendapatan tahunan sebanyak AS$109 juta ($151 juta) bagi pemain bola sepak berusia 34 tahun itu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >