Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Peminat suntik semangat Hady Mirza terus berseni

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Peminat suntik semangat Hady Mirza terus berseni

Nov 29, 2019 | 10:21 AM



DOA peminat dari merata Nusantara memberi kekuatan buat Idola Asia, Hady Mirza, meneruskan perjalanan seninya khususnya di pentas Gegar Vaganza.



Lantaran itu, beliau begitu terharu dengan kehadiran hampir 250 peminat yang hadir untuk bertemu dengannya di ruang ballroom Fave On Orchard, Hotel Dan Pusat Beli-Belah Concorde semalam.



Turut hadir memberinya dorongan adalah Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Hady membuai jiwa penonton dengan tiga lagu - Angkasa, Cinta Luar Biasa dan Demi Cinta. 



Katanya yang bakal mencecah usia 40 tahun pada 28 Januari tahun depan:



“Walau apa pun jerih payah yang dilalui, saya tahu Allah ada rancangan lebih baik buat saya. Di kala kita berada di tahap paling rendah dalam kehidupan kita, itulah detiknya doa kita dapat dimakbulkan Allah,” tambahnya.



Dr Faishal pula menambah:



“Hady adalah lambang penyanyi yang mencetus inspirasi buat generasi muda. Beliau membuktikan walau kita berada di mana-mana, puncak jaya atau curam paling dalam, kita tetap mampu menjana semangat terus mencuba yang tidak akan mati.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >