Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Peminat Zarul di S'pura bak keluarga besarnya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Peminat Zarul di S'pura bak keluarga besarnya

Jan 01, 2019 | 05:30 AM



ISTERI penyanyi kacak Zarul Husin, Intan Nur Fathihah, sering mendengar cerita suaminya tentang peminat Singapura yang baik budi malah memberi sokongan padu tanpa henti.



Pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) itu sendiri sering dipelawa datang ke Kota Singa oleh peminat Zarul yang sudah menjadi bak keluarga besarnya.



Lantaran itu, apabila berkesempatan bercuti dan ke Singapura bagi membantu Zarul mengendalikan perniagaan sulungnya di bazar selebriti CelebFest 2018 di Pusat Persidangan Antarabangsa Suntec Singapore, hujung minggu lalu, Intan begitu teruja.



Zarul, yang nama sebenarnya, Zairulkefli Husin, 45 tahun, menjual sambal bawang bilis Aichik by Zarul Husin di bazar tiga hari anjuran RoseValley itu.



Sambal bawang bilis itu disiapkan rakan Zarul yang juga bekas pramugari MAS.



Ketika ditemui Gah!, Intan yang memberikan wawancara pertamanya kepada media, berkata:



"Memang sebelum ini, saya jarang tampil bersama Abang (panggilan buat Zarul) kerana kesibukan tugas. Saya tertanya-tanya juga mengapa Abang suka datang ke Singapura.



"Rupa-rupanya kerana peminatnya semua baik-baik belaka dan sudi membantu. Mereka secara sukarela ingin tolong Abang berjualan buat pertama kali di CelebFest. Apabila jualan laris dan kehabisan plastik, mereka juga yang bergegas ke kedai untuk membelinya.



"Dari cerita Abang juga, saya kenali peminat setianya. Ada yang jadi guru. Mereka selalu pelawa saya ke Singapura. Kali pertama bertemu, tak janggal sebab macam dah lama kenal sebab banyak dengar cerita Abang yang baik-baik tentang budi baik mereka. Mereka sempat beri kami hadiah. Bersyukur dapat kenali mereka."



Menurut wanita ramah yang sering mengukir senyum ini, beliau bersifat neutral dan akur suaminya ramai peminat wanita.



"Kami berumah tangga lapan tahun lalu di kala Abang belum aktif menyanyi semula. Masa tu, belum ada Gegar Vaganza.



"Saya akur 90 peratus peminatnya wanita dari pelbagai lapisan usia. Biasalah, peminat wanita tertarik pada penyanyi lelaki.



"Tak jadi salah. Mereka banyak doakan yang baik buat Abang. Saya sebagai isteri pun menyokong apa yang beliau gemar lakukan demi rezeki kami sekeluarga," kongsinya lagi.



Zarul pula banyak mendapatkan panduan berniaga di Singapura daripada rakan penyanyi, Acong.



"Saya tidak jangkakan apa-apa sebab inilah kali pertama mencuba. Sambutan cukup menggalakkan. Acong banyak beri tunjuk ajar dan saya doakan rezeki yang baik buatnya.



"Alhamdulillah pada hari pertama, separuh stok sambal bawang bilis kami terjual.



"Saya berani jual produk ini kerana saya sendiri suka rasanya. Kali pertama makan ketika masih jadi pramugara. Kami susah cari makan di China. Teman pramugari kami bawa nasi dan sambal bawang bilis buatan sendiri. Menyelerakan.



"Selepas beliau berhenti kerja, beliau fokus pada perniagaan sambal bawang bilis ini. Saya bantu pasarkan menggunakan jenama saya.



"Gembira tengok seorang pelanggan datang tiga kali dalam masa dua hari! Mula beli satu. Beberapa jam kemudian, dia beli lima dan keesokan harinya beli 15 botol!" tambah Zarul. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >