Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Pemuda ubah haluan kerjaya dari animasi ke perakaunan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pemuda ubah haluan kerjaya dari animasi ke perakaunan

Oct 09, 2018 | 05:30 AM



JIKA sebilangan belia lain sudah merancang kursus yang bakal diambil di universiti, Encik Muhd Shahrul Amri Mohd Hafiz pula tidak menyangka beliau akan mendalami bidang perakaunan.



Bidang itu malah ingin dijadikan kerjaya pada masa depan.



Minat awal Encik Muhd Shahrul, 25 tahun, ialah komik adiwira hingga beliau mengambil Diploma Berbilang Media dan Animasi di Politeknik Ngee Ann (NP).



Namun, cintanya berubah arah setelah menyedari keselesaannya lebih kepada proses mengira dan berurusan dengan angka.



Beliau kemudian mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Perakaunan) di SIM Global Education-Universiti RMIT.



"Sejak kecil, saya diajar berjimat dan menyimpan wang dalam bank.



"Arwah ibu, Allahyarhamah Dayang Suraiya Salleh, menerapkan disiplin dalam diri saya agar bekerja keras bagi mendapatkan apa yang diimpikan. Ibu meninggal dunia ketika saya menuntut di politeknik.



"Dulu kalau saya nak beli mainan pun, saya perlu gunakan sebahagian wang simpanan saya yang terkumpul daripada baki duit jajan sekolah.



"Jika orang lain selalu membandingkan saya dengan seorang sepupu yang selalu muncul sebagai pelajar terbaik, ibu pula tidak memberikan tekanan. Katanya, saya tetap boleh belajar daripada setiap kegagalan," ujarnya.



Encik Muhd Shahrul, anak kedua dalam keluarga tiga beradik, menutup tirai pengajian dengan dua anugerah - Anugerah CPA Australia dan Hadiah Persatuan Akauntan Bertauliah kerana cemerlang dalam beberapa modul pengajian.



Sewaktu di bangku sekolah, beliau memang sering mendapat gred 'A' bagi subjek matematik.



"Saya harus berterima kasih kepada guru saya yang dikenali sebagai Encik Cheok. Beliau sabar mengajar pelajar yang mudah keliru dengan konsep matematik.



"Apabila beliau bersabar mengajar saya, saya pun tidak leka mengulang kaji. Berkat latihan saban hari, menjadi mudah menghuraikan setiap soalan matematik," kata mantan penolong pengurus operasi studio kecergasan itu.



Bagi memenuhi keinginan darah mudanya yang kagum dengan perkembangan dunia komik Marvel dan DC, beliau mencuba bidang animasi.



Dalam menimba ilmu tersebut, beliau berpeluang mengambil modul pengurusan perniagaan dan perakaunan.



"Sejak itu, saya begitu berminat mengambil jurusan perniagaan. Saya yakin permintaan bagi akauntan di setiap pertubuhan ada bagi memastikan aliran tunai dapat dipantau dan diimbang," ujarnya, yang kini giat mencari peluang pekerjaan dalam bidang perakaunan dan kewangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >