PENARI tarian tradisional Indonesia, Encik Dian Nova Saputra, berasa senang mempelajari tarian klasikal asal India, bharatanatyam, semasa menjalani program menimba pengalaman di luar negara bersama kumpulan tari Maya Dance Theatre.
Encik Dian atau lebih dikenali dengan panggilan Bokir, 23 tahun, yang berasal dari Surabaya, merupakan penari dan jurutari tarian tradisional Indonesia dan pakar seni mempertahan diri seperti silat dan capoeira iaitu seni mempertahan diri Brazil.