Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Pencalonan Oscar tampil kepelbagaian

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

PENCALONAN ANUGERAH ACADEMY KE-91

Pencalonan Oscar tampil kepelbagaian

Pelakon kelahiran Mesir Rami Malek, filem 'Black Panther' dijangka takluki acara anugerah berprestij bulan depan
Jan 25, 2019 | 05:30 AM



PELAKON Rami Malek dan filem pecah panggung Black Panther menempah tempat sebagai calon pemenang piala Oscar dalam Anugerah Academy ke-91 yang akan berlangsung 24 Februari ini.



Malek membawa watak penyanyi Freddie Mercury dalam filem kisah band Queen berjudul Bohemian Rhapsody.



Majlis akan berlangsung di Teater Dolby, Los Angeles, California, Amerika Syarikat.



Turut mendapat pengiktirafan awal ialah penyunting bunyi warga Singapura, Ai-Ling Lee, 39 tahun, yang bersama Mildred Iatrou, dicalonkan dalam kategori Suntingan Bunyi Terbaik menerusi filem First Man. Bersama pasukannya juga, beliau juga dicalonkan dalam kategori Adunan Bunyi Terbaik.



Senarai pencalonan yang diumum Selasa lalu itu mempunyai beberapa kejutan menarik tetapi ada juga mencipta sejarah sendiri.



Berikut dibentangkan beberapa perkara menarik tentang pencalonan tahun ini.



Drama menyentuh hati arahan Alfonso Cuarón, Roma, yang berlatarkan kehidupannya ketika membesar di Mexico City pada era 1970-an dan komedi hitam, The Favourites, yang mengisahkan segolongan wanita berusaha merampas kuasa semasa pemerintahan Ratu Anne dalam abad ke-18, masing-masing menerima 10 pencalonan termasuk Filem Terbaik.



Berada di belakang filem tersebut ialah A Star Is Born - arahan sulung Bradley Cooper yang dilakonkan beliau sendiri dan penyanyi masyhur Lady Gaga - yang mendapat lapan pencalonan.



Filem Vice, biopik Dick Cheney yang dibintangi Christian Bale sebagai naib presiden George W. Bush itu, juga menerima lapan pencalonan.



Bale nampaknya akan mengumpul lebih banyak piala selepas kemenangan dalam majlis penganugerahan lain termasuk bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik.



Amy Adams, yang membawa watak isteri Cheney, Lynne, pula dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik.



Filem adiwira yang biasanya cemerlang di 'box office' tidak pernah mendapat tempat dalam anugerah Oscar.



Namun, Black Panther mencipta sejarah sebagai filem Marvel bertema adiwira yang pertama dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik.



Pereka penerbitan filem itu, Hannah Beachler, juga mencipta sejarah sebagai orang berketurunan Afrika Amerika pertama yang dicalonkan dalam kategori rekaan penerbitan.



Namun, Black Panther bukan satu-satunya filem adiwira yang mendapat perhatian Anugerah Academy tahun ini.



Filem Spider-Man: Into the Spider-verse juga mendapat pencalonan dalam kategori pengarah, menjadikan Peter Ramsey sutradara keturunan Afrika Amerika yang dicalonkan bagi filem animasi.



Spike Lee pula pengarah yang dianggap terlalu lama diketepikan untuk disenaraikan sebagai calon pengarah terbaik.



Memang sukar digambarkan pembikin filem di sebalik kejayaan Do the Right Thing dan Malcolm X itu tidak pernah dicalonkan dalam bidang kepakarannya hingga tahun ini apabila beliau mendapat pencalonan menerusi filem BlacKkKlansman.



Menerusi wawancara bersama laman GQ, beliau sebenarnya sudah pasrah sejak filem Do the Right Thing, iaitu mengenai ketegangan antara kaum yang dijadikan bahan arkib Pendaftar Filem Kebangsaan AS, gagal mendapat pencalonan dalam Anugerah Akademi 1990. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >