Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Pencinta sains hayat teruja dekati khazanah laut

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pencinta sains hayat teruja dekati khazanah laut

Jun 24, 2018 | 05:30 AM



CINTA Cik Iffah Iesa pada laut biru yang menenangkan minda serta warna-warni hidupan di dalamnya berputik sejak kecil lagi.



Sejak lima tahun lalu, lulusan ijazah sains hayat daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) itu juga gemar menyelam ke dasar laut bagi menikmati alam ciptaan Tuhan yang tersembunyi daripada mata ramai.



Maka, tawaran menyertai Muzium Sejarah Alamiah Lee Kong Chian sebagai karyawan muzium sepenuh masa tiga tahun lalu diibaratkan seperti pucuk dicita, ulam mendatang.



Cik Iffah, 26 tahun, kini bergelar Kurator Koleksi Knidaria, Ekinoderma dan Slaid Mikroskop selepas dinaikkan pangkat daripada tugas awalnya sebagai spesialis bersekutu koleksi muzium.



Knidaria merupakan nama saintifik bagi kumpulan besar hidupan laut seperti ampai-ampai, buran (sea anemone) dan tapak sulaiman.



Ekinoderma pula meliputi invertebrat laut seperti landak laut dan timun laut.



Ketika ditemui Gah! di Muzium Sejarah Alamiah Lee Kong Chian baru-baru ini, Cik Iffah, anak kedua dalam keluarga empat beradik, berkata:



"Saya paling suka ampai-ampai. Impian saya sejak kecil adalah berurusan dengan hidupan laut ini dan mengkaji tabiat dan ragamnya.



"Selepas tamat pengajian di maktab rendah, saya pernah bekerja sebagai pemudah cara pendidikan di Underwater World.



"Semasa di NUS pula saya bekerja sambilan di Muzium Sejarah Alamiah Lee Kong Chian, bahkan mendapati kerjanya menarik bagi pembangunan minda saya. Saban hari ada sahaja perkara baru yang saya pelajari.



"Saya pula semakin cenderung dengan sekitaran dan terlibat dengan kajian kepelbagaian hayat laut."



Sejauh ini, sudah tiga ekspedisi dan lawatan lapangan yang disertainya. Wanita lasak ini seronok keluar dari zon selesanya di Singapura bagi menjelajah Pulau Krismas, laut Indonesia dan kawasan perlindungan di hutan belantara Sarawak.



Beliau masih ingat Ekspedisi Kepelbagaian Hayat Laut Dalam Jawa Selatan 2018 yang disertai selama 14 hari mulai lewat Mac lalu.



"Tidak banyak yang saya tahu tentang laut dalam. Berdepan dengan khazanah lautnya yang unik termasuk spesies baru, menangani cuaca buruk dan mabuk laut merupakan antara asam garam ekspedisi ini.



"Saya juga belajar bekerjasama dengan pasukan pengkaji dan saintis lebih besar. Kami banyak berkongsi pengalaman, ilmu dan ruang.



"Saya belajar menyesuaikan diri saya dalam sekitaran berbeza. Ada hari apabila cuaca buruk kami terpaksa sabar menanti untuk membereskan kerja-kerja yang dikhuatiri tertunggak.



"Ada hari, kami teruja menemui spesies haiwan laut yang tidak pernah dilihat sebelum ini," tambahnya.



Cik Iffah bakal ke Sarawak sekali lagi September ini. Sebelum ini, beliau mengikuti pengkaji ikan dan sotong di belantara negeri tersebut.



Namun, fokusnya lebih pada mengkaji siput daratan.



"Kunjungan ke Sarawak ini menguji daya tahan saya. Saya banyak berjalan dan meredah hutan serta terdedah kepada risiko diserang lintah.



"Namun, kerja lasak sebegini memerlukan minat yang mendalam. Tidak kiralah apa latar belakang anda. Asal sahaja anda sedia bekerja keras dan gemar menimba ilmu serta terbuka kepada apa sahaja pengalaman baru, inilah cabang kerjaya yang memberikan kepuasan.



"Saya bahkan bersyukur kerana saingan untuk berada dalam bidang tugas ini cukup sengit. Namun, peluang dan kepercayaan yang diberi amat saya hargai agar lebih dekat dengan alam dan lautan yang saya cintai," kongsinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >